Peringkat ini dimulakan dengan Rasulullah s.a.w menerima nubuwwah dan risalah. Sebaik sahaja risalah Islam diterimanya, baginda melaksanakan dakwah kepada orang-orang yang paling dipercayainya secara senyap-senyap. Apabila bilangan orang yang menyokongnya telah mula bertambah maka baginda pun merancangkan pentarbiyyahan mereka secara yang lebih terencana. Pada masa ini segala-galanya dilakukan secara rahsia. Beberapa tahun kemudian, baginda diperintahkan Allah untuk mengisytiharkan risalahnya kepada orang ramai secara terbuka. Reaksi awal terhadap risalahnya adalah penentangan golongan al-mala’ di kalangan Quraisy. Peringkat pertama ini kemudiannya menyaksikan penyeksaan kaum muslimin. Pada mulanya daripada kalangan hamba sahaja, tetapi kemudian melarat kepada kalangan sahabah-sahabah yang lain. Apabila penyeksaan menjadi terlalu berat, Rasulullah s.a.w mengizinkan sebahagian daripada sahabahnya berhijrah ke Habasyah. Penghijrahan pertama ini berlaku pada bulan Rejab tahun ke 5 nubuwwah. Penghijrahan tersebut juga dilihat sebagai tindakan untukmencapai kemaslahatan pengembangan risalah Islam ke kawasan di luar Makkah.
Rentak perjuangan al-Makki ditetapkan oleh surah-surah‘ Makkiyyah yang diturunkan di peringkat ini. Ayat-ayat al-Qur’an ketika ini berkisar di sekitar perkara-perkara berikut:
i. Pembicaraan berkenaan wahyu dan ‘aqidah.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
ii. Gambaran mengenai kekuasaan Allah dan kesan-kesan rahmatnya.
iii. Menegaskan keyakinan bahawa manusia akan dibangkitkan kembali pada Yaumul Qiyamah.
iV. Menggambarkan peristiwa yang akan berlaku pada Yaumul Qiyamah.
V. Memberi amaran kepada kaum musyrikin bahawa mereka akan menerima ‘azab di dunia sebagaimana yang menimpa umat dahulu yang telah mendustakan Allah.
vi. Meneguhkan konsep tanggungjawab kerana setiap perbuatan akan disoal oleh Allah kelak.
vii. Menghiburkan hati Rasulullah s.a.w akibat siksa dan penindasan yang dilakukan oleh kaumnya sendifi dengan menceritakan segala seksaan dan penderitaan yang telah dialami oleh sekalian rasul terdahulu.
viii. Menjelaskan bahawa ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan ajaran-ajaran yang dibawa oleh rasul-rasul sebelumnya adalah ‘aqidah yang satu.
ix. Menerangkan secara tidak langsung bahawa Islam adalah seruan sejagat, ia bersifat ‘alamiyyah,’ merangkurni seluruh umat manusia di atas muka bumi ini.
Tajuk-tajuk ini merupakan perkara asasi bagi semua surah yang diturunkan dj peringkat al-Makki pertama. Perkara-perkara di atas diolah dan dibicarakan dengan cara yang berbeza mengikut pelbagai rentak irama agar ia dapat memberi kesan yang mendalam kepada pendengarnya.