php hit counter

Peranan Sheikh Mishary Rashed Alafasy dalam Memerangi Pemberontak Syiah Houthi

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

 Sheikh Mishary Rashed Alafasy

Sheikh Mishary Rashed Alafasy nama yang tidak asing lagi bagi umat Islam. Beliau adalah qari’ asal Kuwait yang kaset murattalnya telah beredar luas.

Dalam perang melawan pemberontak Syiah Houthi di Yaman, Sheikh Mishary Rashed Alafasy tidak berdiam diri. Penerima penghargaan Arab Creativity Oscar kerana jasanya mendakwahkan Islam dengan santun itu turut ambil peran dalam memerangi pemberontak Syiah Houthi.

Bagaimana peranan Sheikh Mishary Rashed Alafasy? Beliau yang juga merupakan seorang munsyid berperanan untuk memberi semangat pasukan dan juga umat Islam secara umum. Dalam nasyid terbaru tempoh yang 3 menit 48 detik, Sheikh Mishary Rashed Alafasy menjalankan peranan itu. Nasyid berjudul Nida’ul Wathan (Panggilan Negara) itu, Sheikh Mishary Rashed Alafasy memberi semangat pasukan negara-negara Teluk yang memerangi pemberontak Syiah Houthi di Yaman.

Dalam video klip nasyid itu, Sheikh Mishary Rashed Alafasy memakai pakaian tentera, membawa senjata dan naik pesawat tempur. Gambar-gambar saat penggambaran video klip tersebut juga beredar luas di media sosial. Banyak warga yang menyangka bahawa foto-foto tersebut adalah gambar Sheikh Mishary Rashed Alafasy turut serta berperang bersama tentara Kuwait, padahal sebenarnya gambar tersebut adalah foto saat pengambilan gambar untuk video klip nasyid Nida’ul Wathan.

Video klip nasyid tersebut boleh disaksikan di bawah:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.