php hit counter

Bengkak Cantik

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Bengkak Cantik

Bengkak cantik atau beguk yang juga dikenali dengan nama saintifiknya sebagai ‘Epi- demic parotitis’ merupakan sejenis penyakit berjangkit, yang disebabkan oleh sejenis virus (RNA Paramyxovirus). Ianya disebarkan melalui udara oleh orang yang ‘dijangkiti beguk, sama ada melalui bersin, batuk dan sebagainya.

Penyakit ini telah dikenal pasti sejak beberapa abad lamanya. Di Amerika Syarikat lebih dari 200,000 kes telah dijumpai. Sejak dari itu kes beguk telah berkurangan iaitu 1,000 kes setahun. Melalui kajian yang dibuat pada kes-kes tersebut, sehingga kini kajian menunjukkan bahawa beguk Iebih cenderung menjangkiti kanak-kanak dalarn lingkungan umur lima hingga 14 tahun.

Namun demikian, sejak akhir-akhir dua dekad ini, kadar jangkitan juga semakin meningkat pada golongan dewasa dan jangkitan ini secara tidak langsung, menyerang kepada kanak-kanak yang berumur kurang daripada satu tahun.

Bagaimana beguk ini boleh berjangkit?

Kanak-kanak atau dewasa boleh menyebarkan Virus Mumps (beguk) ini kepada orang lain. Ia boleh menjangkiti orang lain kira-kira seminggu sebelum kelenjar bengkak dan 9 hari selepas kelenjar itu mula membengkak. Jika seseorang itu tidak pernah menghidap beguk, maka ia adalah terdedah kepada penyakit jni. Seseorang yang pernah dijangkiti pula akan mendapat pertahanan terhadap kuman ini sepanjang hayatnya.

Tanda-tanda dijangkiti beguk

1. Bermula dengan demam yang teruk (39.4 darjah), sakit kepala dan hilang selera makan.

2. Mulut akan menjadi kering dan susah untuk menelan makanan.

3. Kelenjar membengkak dan rasa sakit dibahagian rahang.

4. Susah untuk menelan, ianya berlanjutan satu hingga ke tiga hari.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

5. Kedua-dua kelenjar rahang akan dijangkiti seterusnya sebelah pipi akan membengkak.

6. Ia juga memberi kesan kepada lidah, rahang dan terus ke bahagian depan dada.

7. Beguk juga membawa kepada bengkak pada otak dan organ-organ lain, namun begitu ianya jarang-jarang berlaku.

Kesan sampingan yang dialami

i. Boleh menyebabkan bengkak pada buah zakar (orchiti’s)pada masa yang sama ini boleh menyebabkan kemandulan.

ii. Boleh menyebabkan kompilasi ‘pancreatis’ iaitu kerosakan pada kelenjar pankreas di dalam perut.

iii. Juga boleh memben kesan kepada ovari bagi wanita, iaitu menyebabkan kesakitan pada bahagian perut.

Bagi mengubati jangkitan beguk,setakat ini dunia perubatan sendiri tidak mempunyai ubat yang khusus bagi merawat jangkitan ini. Ubat yang ada hanya dapat membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak pada kelenjar liur itu.

Langkah yang dianjur oleh doktor

1. Mengambil ubat paracetamol.

2. Sentiasa mencuci mulut dan minum air yang banyak.

3. Berkumur dengan air suam yang dicampur dengan sedikit garam serta makan makanan yang berupa cecair dan lembut.

4. Bagi kanak-kanak disarankan untuk mengambil immunisasi ketika kanak-kanak berusia kira-kira sembilan bulan, ianya diambil sekaligus. Immunisasi ini biasanya boleh diambil di klinik-klinik swasta. Ianya dikenali sebagai MMR (untuk perubatan measles, MUMPS dan rubella).

5. Boleh juga dilumurkan ke bahagian yang bengkak dengan campuran nila serbuk dan cuka.

6. Menurut sesetengah kepercayaan orang Melayu, pesakit beguk akan dipakaikan dengan barang kemas yang diperbuat dan emas dengan banyaknya.

Pada sesetengah kes, doktor sendiri tidak dapat mengesan tanda-tanda beguk kerana kehalusan struktur virusnya.

7 thoughts on “Bengkak Cantik”

  1. It’s hard to come by knowledgeable people for this particular topic,
    however, you look like you know what you’re referring
    to! Thanks

  2. Wonderful blog! I stumbled upon it while searching on Yahoo News.
    Are you experiencing any tips on how to get
    indexed in Yahoo News? I’ve been trying for a time but I never seem to
    get there! Appreciate it

  3. Fantastic goods from you, man. I’ve understand your stuff previous to and you will be just extremely great.
    I actually like what you have acquired here, certainly like what you are saying and the way that you say it.
    You will be making it entertaining and you still take care of to help keep it wise.
    I can not wait to read through much more by you.
    This is certainly actually a wonderful site.

  4. In my opinion that may be one of several most vital information to me.
    And i am just happy studying your article. However want to observation on few basic issues,
    The website taste is perfect, the articles is in reason for
    fact excellent : D. Good activity, cheers

  5. tq atas info berguna ni… tapi agak konfius, kalau dah diberi imunisasi, masih boleh dijangkiti bengkak cantik ni ke?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.