php hit counter

Penulisan Melayu Dalam Tiga Kesusasteraan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Penulisan Melayu Dalam Tiga Kesusasteraan

PENGENALAN

PADA zaman awal kehidupan masyarakat Melayu, mereka masih belum memiliki kemahiran menulis. Semua perhubungan dilakukan dengan cara lisan. Pada waktu itu juga mereka masih menganuti fahaman animisme. Oleh kerana mereka percaya bahawa hantu, jin, jembalang, atau penunggu maka sesuatu benda yang besar seperti pokok besar, bukit besar atau apa sahaja benda yang mengagumkan akan mereka sembah. Pada masa inilah kedudukan pawang sangat dihormati.

Pawang, yang pada mulanya mendapat ilmu pengetahuan secara semula jadi itu menjadi tempat bertanya bagi menyelesaikan semua kemusykilan dan meminta ubat bagi orang yang sakit. Bagi keperluan ini, pawang menggunakan mantera, jampi, atau kata-kata hikmat yang lain dengan bahasa yang teratur, indah, dan berkesan.

Pawang ini kemudian menurunkan ilmunya kepada orang yang paling dipercayainya. Penurunan iimu ini adalah dengan cara hafaz dan amalan. Biasanya tidak semua ilmu yang dimiliki oleh pawang itu akan diturunkannya kepada rnuridnya dan ada pula murid yang mahu belajar secara khusus sahaja sehingga timbullah datu (orang yang pandai mengubati orang sakit), dukun (orang yang pandai membuat orang sihat menjadi sakit), dalang (orang yang pandai bercerita), dan kemahiran lainnya.

Antara kemahiran yang disebutkan di atas, daiang atau pencerita menjadi orang yang terkenal. Ia bebas mengembara ke mana-mana menyebarkan ceritanya. Masyarakat waktu itu memberi layanan yang istimewa kepada pencerita. Di mana sahaja pencerita berada, orang kampung akan berduyun-duyun mendengar cerita yang biasanya berbentuk penglipur lara. Ia kemudian dikenali sebagai pelipur lara.

Penglipur lara yang terkenal bijak ini bukan sahaja menyampaikan ceritanya apabila sampai ke sesuatu tempat. Sekali-sekala ia cuba juga menduga kepintaran orang di situ melalui teka-teki. “Antara jenis hasil sastera. Melayu yang terawal dan dipercayai terbitnya pada zaman orang Melayu belum memiliki kemahiran menulis, ialah teka-teki.”

Berkurun-kurun kemudian, pengalaman masyarakat Melayu semakin bertambah. Para cerdik pandainya cuba memikirkan cara untuk merakamkan bahasa mereka.

Pengalaman dan pengetahuan mereka tentang alam cukup luas. Oleh yang demikian, mereka mula menulis dengan  meniru cabang, ranting, potongan kayu, dan bentuk sungai. Lama-kelamaan terbentuklah tulisan yang kemudian dinamai sebagai Tulisan Rencong.

Orang Melayu sejak awal lagi merupakan pelaut ulung, telah sampai ke merata tempat. Begitu juga dengan si Penglipur Lara. Mereka telah mendengar cerita yang dibawa oleh penyebar kepercayaan Hindu ke Nusantara ini dan kemudiannya melengkapkan cerita mereka dengan cerita Hindu ini dan mengubahsuai cerita asalnya menjadi corak tempatan yang akhirnya berlakulah perkembangan kesusasteraan Melayu berbentuk lisan tersebut.

KESUSASTERAAN HINDU

Saudagar dan mubaligh Hindu datang ke Nusantara ini dan bertapak di Pulau Jawa. Para mubaligh tersebut memperkenalkan karya Mahabrata dan Ramayana kepada masyarakat tempatan. Karya Vyasa dan Valmiki, pujangga India yang terkenal ini menarik perhatian pujangga istana di Jawa dan mereka menyalin bahagian yang mereka sukai.

Semasa Kerajaan Mataram di Jawa Tengah sedang jayanya, pujangga istana memang memiliki kedudukan yang istimewa. Mereka berpendapat bahawa peranan pujangga sama pentingnya dengan peranan mubaligh malahan mereka dapati melalui sastera penyebaran ilmu agama itu lebih berkesan dan mudah diterima oleh masyarakat. Sekitar tahun 925 M, iaitu semasa kejayaan Kerajaan Mataram, pujangga Yogiswara telah menyalin Ramayana ke dalam bahasa Jawa Kuno
(tulisan Kawi). Semasa pemerintahan Raja Dharmawangsa (985-1006 M) pula, dilakukan penyalinan Mahabrata dan pada abad ke-11 disalin lagi dan diberi tajuk baru, iaitu Astadasaparwa.

KESUSASTERAAN JAWA

Perkenalan pujangga istana dengan sastera Hindu ini telah melahirkan minat pujangga’ lain untuk menulis sendiri karya sasteranya. Semasa pemerintahan Airlangga, seorang pujangga bernama Mpu Kanwa mengarang syair (kekawin) yang diberinya nama Arjuna Wiwaha (sekitar tahun 1030 M). Mpu Sedah dan Mpu Panuluh puia menulis Bharatayudha sekitar tahun 1157 M. Dalam abad ke-12, lahirlah buku Smaradhana karya Mpu Dharmajaya dan buku Arjuna Wijaya karya Mpu Tantular.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Apabila Kerajaan Majapahit memperluas kekuasaannya hampir ke seluruh Kepulauan Melayu termasuk Thailand, mereka cuba mempengaruhi masyarakat dengan memperkenalkan Cerita Panji, iaitu kisah keagungan Raja Majapahit. Cerita inf tidak dapat diterima oleh masyarakat terutama di luar Pulau Jawa kerana ia menggunakan bahasa Jawa Kuno. Para pelipur lara yang mempersembahkan cerita ini melalui Wayang Gedok (wayang orang yang menggunakan mtopeng) mencari jalan lain. Sebelum mereka mempersembahkan Cerita Panji terlebih dahulu
mereka mempelajari bahasa Melayu. Persembahan Wayang Gedok terutama di Sumatera kemudiannya menggunakan bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Jawa. Secara langsung para pelipur lara ini telah mengangkat bahasa Melayu dan lama-kelamaan beberapa perkataan bahasa Jawa yang sesuai telah diserap ke dalam bahasa Melayu. Cerita Panji telah mempengaruhi kesusasteraan dan bahasa Melayu sekitar tahun 1240 M.

KESUSASTERAAN ARAB

Seiringan dengan penyebaran kesusasteraan Hindu dan Jawa, kesusasteraan Arab juga turut berkembang di alam  Melayu. Ini tidaklah menghairankan kerana orang Arab sejak awal Iagi telah sampai di Kepulauan Melayu. Sejarah China mencatatkan bahawa pada tahun 977 M, seorang utusan yang beragama Islam bernama Pu Ali (Abu Ali) telah mengunjungi negeri China yang datang dari Poni, iaitu sebuah  negeri di alam Melayu.

Pada mulanya, cerita Hindu yang sudah sedia ada dalam pengetahuan masyarakat Melayu dimasukkan unsur Islam. Dengan demikian, para pendengar mudah menerima pengetahuan
Islam tersebut. Lama-kelamaan lahir pula cerita nabi, para sahabat, dan pahlawan Islam lainnya. Semuanya disampaikan secara lisan semasa penyebaran agama. Naskhah bertulis berkenaan dengan kesusasteraan Islam baru sahaja ditemui pada abad ke-15 walaupun kesusasteraan Islam telah masuk ke alam Melayu jauh sebelum itu lagi. Bahkan, istilah hikayat yang digunakan dalam kesusasteraan Hindu dan Jawa diambil daripada istilah bahasa Arab.

Pengaruh bahasa Arab lebih jelas lagi dapat dilihat pada Batu Nisan Malik al-Saleh. Batu Nisan ini dipercayai dibawa dari negeri Kembayat (Kambodia). Tulisan yang terdapat pada batu nisan tersebut keseluruhannya menggunakan bahasa Arab. Isinya antara lain menyatakan tarikh wafat Sultan Malik al-Saleh (Raja Pasai yang pertama memeluk agama Islam), iaitu bersamaan dengan tahun 1297 M. Ini bukanlah bermakna bahawa Batu Nisan Ivlalik ail-Saleh merupakan bukti pertama orang Nusantara ini memeluk Islam kerana di Leran, Gresik, Pulau Jawa terdapat batu nisan seorang wanita Islam bernama Fatimah bt. Maimun bertarikh 1082 M.

Jika di Pulau Sumatera dan Pulau Jawa ditemui batu nisan orang Islam, di Tanah Semenanjung atau tepatnya di Sungai Teresat, Kuala Berang di negeri Terengganu ditemui pula batu bersurat yang dinamai Batu Bersurat Kuala Berang bertarikh 1303 M. Batu bersurat ini ditulis dengan huruf Jawi. Tulisan Jawi ini mengambil huruf Arab dan menambah beberapa huruf lain sebagai melengkapi bunyi Melayu yang tidak terdapat dalam bahasa Arab.

Berkenaan dengan aksara Jawi yang merupakan aksara Arab tersebut, aksara Persia telah menambahnya dengan empat huruf atau bunyi, iaitu p, ch, zh, dan g. Aksara Jawi mengambil huruf ch Persia menjadi c dan mengubahsuai g Persia dengan menggunakan titik di atas. Bunyi atau huruf p, ng, dan nya merupakan ciptaan bangsa Melayu sendiri. Aksara Jawi ini kemudian dilengkapkan dengan bunyi atau huruf v sejak 1987.

Kembali ke Pulau Sumatera, di Aceh ditemui pula sebuah nisan yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan dituiis dengan tulisan India. Namun, bahasa yang digunakan merupakan gabungan bahasa Melayu, bahasa Sanskrit, dan bahasa Arab. Walaupun tarikh Batu Nisan Minye Tujuh ini terkemudian daripada Batu Bersurat Kuala Berang, ternyata bahasa Melayu pada Batu Bersurat Kuala Berang lebih maju.

KESIMPULAN

Berdasarkan huraian di alas dapatlah disimpulkan bahawa:

(a) Tulisan Melayu yang awal ialah Tulisan Rencong.

(b) Kesusasteraan Islam diperkenalkan kepada masyarakat Melayu melalui tradisi lisan sama ada disampaikan oleh mubaligh Islam mahupun oleh pencerita tempatan sebagai kesinambungan tradisinya yang terdahulu.

(c) Kesusasteraan Hindu yang masuk ke alam Meiayu mula-mula menggunakan bahasa Sanskrit dan kemudian menggunakan bahasa Jawa Kuno (Kawi) di Pulau Jawa. Kesusasteraan ini diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di Iuar Pulau Jawa melalui kesusasteraan Iisan dengan menggunakan bahasa Melayu campur bahasa Jawa.

(d) Tulisan Jawi teiah mengambil alih tugas tulisan Rencong.

Penciptaan tulisan Jawi tentulah sudah bermula sebelum abad ke-13 kerana penggunaan tulisan Jawi di dalam  Hikayat Raja Pasai telah menunjukkan bahawa ia telah dapat mendeskripsikan pemikiran orang Melayu yang tinggi dan berseni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.