Sumber Kekuatan yang Semakin Dipinggirkan

Musuh-musuh Islam, terutamanya pendeta Yahudi yang sangat arif tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. menyedari di mana letaknya kekuatan dan kelemahan umat Islam. Dalam konteks solat Subuh berjemaah ini, mereka (pendeta) Yahudi pernah menegaskan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam…

Subuh Ancaman dan Kemusnahan

Umat yang mengabaikan solat Subuh akan lumpuh, tidak kira bagaimana tinggi sekalipun teknologi dan pencapaian ekonomi mereka. Jika waktu Subuh itu sumber kekuatan, waktu Subuh itu jugalah sumber ancaman dan kemusnahan. Mari kita lihat apa yang terjadi kepada kaum Nabi…

Agenda Awal Pagi

  Ironinya, orang bukan Islam banyak  memanfaatkan waktu awal pagi yang sangat optimum ini. Para cendekiawan Islam yang  tinggal atau bermusafir di negara-negara Barat  melihat dengan mata kepala mereka sendiri  bagaimana kehidupan telah bemwula secara  aktif sebaik sahaja awal pagi…

Kalahkan Musuh Batinmu

  Bukan mudah untuk bangun daripada tidur, bersuci dan kemudian bergerak menuju ke masjid  bagi melaksanakan solat Subuh secara  berjemaah. Bayangkan, seseorang terpaksa  berperang dengan hawa nafsu dan syaitan sejak  awal-awal lagi bagi mematuhi perintah Allah.

Kemenangan Bagi yang Melaksanakan

  Jika ingin mencapai kejayaan, hendaklah kita meneladani orang yang berjaya. Ini prinsip  dalam memburu kejayaan. Prinsip inilah yang  dipatuhi oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.  Mereka orang yang paling setia, istiqamah dan  jujur dalam mengikut apa-apa sahaja yang  dilakukan oleh…