php hit counter

Sumber Kekuatan yang Semakin Dipinggirkan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Sumber Kekuatan yang Semakin Dipinggirkan

Musuh-musuh Islam, terutamanya pendeta Yahudi yang sangat arif tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. menyedari di mana letaknya kekuatan dan kelemahan umat Islam. Dalam konteks solat Subuh berjemaah ini, mereka (pendeta) Yahudi pernah menegaskan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali apabila berlaku satu keadaan, yakni apabila jumlah jemaah umat Islam yang solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.
Hari ini, musuh Islam boleh terus tersenyum, kerana perjalanan umat untuk meramaikan bilangan solat Subuh berjemaah menyamai solat Jumaat berjiemaah masih merangkak-rangkak. Bukan sahaja untuk solat Subuh secara berjemaah, untuk mengerjakan solat lima waktu secara bersendirian pun masih jauh.

Itu sekadar dilihat dari sudut mengerjakan solat, bagaimana pula jika diukur dari segi khusyuk dan aspek “menjaga” solat sepertimana yang dinyatakan Allah dalam surah al- Mu’minun? Sedangkan itulah ukuran kejayaan mengikut penilaian Allah.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya telah menang orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya (Surah al- Mu’minun 23: 1-2)

Ternyata umat Islam sudah meminggirkan sumber kekuatan mereka yang hakiki dan sejati. Solat Subuh berjemaah semakin dipinggirkan dalam usaha membangunkan ummah. Apa yang lebih ndiutamakan ialah pembangunan material dan fizikal tanpa menitikberatkan amalan-amalan rohaniah yang boleh mengundang kecintaan kepada Allah. Padahal jika amalan rohani ini dipertingkatkan, ia satu daya dan motivasi untuk membangunkan kekuatan material dan fizikal secara optimum.

Bukan sahaja berjaya dalam medan perang, umat yang menjaga solat Subuh berjemaah juga akan berjaya dalam bidang pemiagaan. Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bemama Sakhr al- Ghamidi (seorang ahli perniagaan), apabila mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda tentang keberkatan pada waktu pagi, beliau terus memulakan aktiviti pemiagaannya pada awal pagi. Dia akan berangkat membeli barang dagangan, menjualnya, berurusan dengan pembekal dan pelanggan, sejak awal pagi. Apakah hasilnya?

Imam Ahmad rhm. menukilkan bahawa Sakhr terlalu banyak harta dan keuntungannya, sehingga tidak tahu di mana hendak menempatkan hartanya yang banyak itu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.