php hit counter

Minda seorang Yahudi Islam

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Minda seorang Yahudi Islam

“Seorang hamba Allah dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuangan dia bermula semasa dia berumur 19 tahun. Keyakinan dia terhadap Tuhan kerap berbolak-balik. Cita-cita dia dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha.

Sungguh melucukan…

Suatu malam dia berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumah dia.  Dia masih ingat bertanya kepada kawannya “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas itu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan dia berubah secara tiba-tiba.

Kawannya  ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Dia tanya kawanya pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.

Tanpa dia sedari minat dia telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang dia perlu lengkapkan. Pencarian kepada Tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah Tuhan.

Dalam kesungguhan dia mencari kebenaran, Dia bertanya kepada dirinya. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa Tuhan sebenarnya? Dia yakin ada satu sahaja.. sebab kalau banyak Tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu Tuhan adalah keyakinan dia, dan pilihan dia.

Suatu ketika dulu dua buka mindanya kepada kemungkinan wujudnya Tuhan. Dia analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan daia menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diri dia akhirnya dia sedar dengan yakin bahwa Tuhan itu wujud. Aku masa itu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatinya dia percaya.

Ketakjuban yang baru dai jumpa ini diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku. Selepas itu dia bertanya pada dirinya “Mana dia akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Dia perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada Satu Tuhan sahaja. Ini dia masukkan dalam kepala otaknya. Tentu sekali ini logik sebab hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”

Ok, selepas itu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab dia ini Yahudi dia mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu Tuhan, beberapa Rasul, ’10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. Apa jiwa Yahudi?

Masa dia buat kajian perkara ini menghantui fikirannya. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam itu ini dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi Tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Dia ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan Tuhan, maka seseorang mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..kalau macam itu  zalim tuhan..ini mustahil.Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tiada konsep neraka…hanya ada syurga sahaja…kalau macam itu kenapa nak buat kebaikkan? Kenapa hidup ini nak buat dosa sahaja? kan elok? Kalau dia tiada rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang dia lakukan kenapa dia perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..

Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ini pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa Tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya. Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….

Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami. Tak ada yang bercanggah dengan logik akal dia. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok. Islam telah melepasi tapisan awal dia tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.

Semakin dia membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang dia baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikirandia…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun, mengingat semula kajian dia yang lepas. Dia tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…

Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia. Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah dia jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?

Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama. Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh Tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandangan dia. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.

Dia kini menyedari dia wajib mengikuti Islam…….kemudian dia mengucap syahadah…dia bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu dia dalam kegelapan ..kini dia dalam cahaya kebenaran..

Seorang hamba Allah yang bernama Michael David Shapiro

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.