Kalau kita mempelajari sejarah, membaca sejarah dan mengkaji sejarah-sejarah dahulu. Dikalangan ulama-ulama yang berjuang menentang musuh mereka dikalangan orang-orang sufi dan mereka semuanya bertarikat muktabar.
Contohnya ulama-ulama yang bertarikat, Syeikh Ahmad Fatoni, Syeikh Abdussamad Falembani, Syeikh Nawawi Bantani, Maulana Syeikh Daud Fatoni, Tok Ku Paloh, Tok Pulau Manis, Syeikh Yusuf Makasar dan ramai lagi.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Contoh tarikat-tarikat yang terkenal seperti, Naqsyabandiyyah, Ahmadiyyah, Qandiriyyah, Khalwatiyyah, Syatiriyyah, Sanusiyyah, Syazuliyyah dan banyak lagi tarikat-tarikat yang terkenal.
Tentera-tentera Bridged Al Qassam di Palestine juga mereka semuanya bertarikat Syazuli, yang mana pengasas juga Syeikh Izzudin Al Qassam bertarikat Syazulli. Sebab tulah mereka ini kuat walaupun berperang dalam keadaan berpuasa.
Pentingnya bertarikat kerana boleh menguatkan kekuatan rohani, dalaman, tapi pada akhir zaman ini menjadi fitnah dan sesat oleh golongan-golongan yang tidak faham berkaitan dengan tarikat-tarikat yang tertentu.