Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
Hulu Selangor: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi meninggal dunia dalam keadaan seperti bersujud selepas terbabit kemalangan di Kilometer 4, Jalan Sungai Choh ke Sungai Buaya, di sini, 5 petang semalam.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Mangsa, Amirruddin Yaakub, 38, yang bekerja di kilang kenderaan di Sungai Choh di sini, bergesel dengan lori menyebabkan motosikal ditunggang terbabas.
Jurucakap polis Hulu Selangor mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.
Katanya, mangsa dipercayai terbabas selepas cuba memotong lalu bergesel dengan lori yang mahu memasuki simpang Taman Kosaso di sini.
“Mangsa yang menghala ke Sungai Buaya hilang kawalan dan terjatuh sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.