Dapat Bersenam
Menghirup udara segar pada pagi hari dapat memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Dengan sedikit masa walaupun sekadar Iima minit untuk bersenam, boleh menjadikan tubuh badan lebih bertenaga.
Bersarapan Awal
Bersarapan pada waktu pagi merupakan antara perkara penting yang mesti dilakukan. Dengan bersarapan, tenaga dapat dijana untuk bekerja, belajar dan berfikir. Selain itu, sarapan cara berdiet yang betul dan mampu mencegah kegemukan.
Emosi yang Stabil
Cuba kita lihat, kebanyakan pekerja terlewat ke tempat kerja kerana bangun lewat. Kesudahannya mereka terperangkap dalam kesesakan lalu Iintas, kemudian terlewat sampai ke tempat kerja dan dimamhi pihak atasan. Hasilnya, emosi akan terganggu sepanjang hari tersebut.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Dapat Menyelesaikan Kerja dengan Segera
Bagi seorang ibu yang berkerjaya, bangun awal pagi memberi ruang masa yang lebih untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian, memasak dan membuat sarapan untuk suami dan anak-anak. Bagi seorang pelajar, dengan bangun awal mereka boleh mengulang kaji pelajaran. Begitu juga bagi suami yang bangun awal dapat mengejutkan isteri dan anak-anak untuk solat Subuh secara berjemaah.
Menyambut Hari Baru
Diberi keizinan untuk memulakan hari baru ialah nikmat yang tidak ternilai harganya. Bayangkan seandainya kita tidur panjang dan selama-lamanya? Maka, bersyukurlah dikurniakan hari yang baru dengan memulakan hari pada awal pagi lagi.
Produktiviti Kerja Lebih Baik
Dengan tenaga yang terhasil daripada senaman dan sarapan, maka ia mampu memberikan hasil kerja yang lebih baik.