php hit counter

Jadilah Seorang Pemberi

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Jadilah Seorang Pemberi

Sering kita mendengar pepatah mengatakan: “Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.”

Sudah menjadi lumrah alam, jika ingin mendapatkan sesuatu, maka kita perlu melakukan sesuatu. Mana boleh hendak semua percuma sahaja! Andai kita mahukan sesuatu daripada pihak lain seperti peluang perniagaan, perkhidmatan dan sebagainya, namun kita sendiri agak kedekut atau berkira-kira mahu memberi terlebih dahulu agaknya bagaimana ya?

Sering juga kita lihat, akan ada satu pihak sahaja yang mahu mengaut keuntungan semata-mata (keuntungan berat sebelah) tanpa memikirkan usaha sama yang boleh dilakukan diantara kedua-dua pihak atau perniagaan itu. Jadi, pemberian bagaimana yang kita harus lakukan?

Memberi Bantuan

Salah satu cara yang pasti membuatkan ramai orang akan menolong anda untuk berjaya adalah dengan membantu orang lain untuk berjaya terlebih dahulu.

Sebagai contoh, sekiranya anda menemui kenalan baru dan dia memperkenalkan diri sebagai seorang usahawan, lalu memberi kadnya, jangan pula anda hanya lihat dan simpan sahaja kad itu tetapi anda boleh bertanya: “Bagaimana saya boleh membantu anda untuk mendapatkan pelangan?”

Selepas anda mendapat jawapannya, cuba fikirkan sesiapa yang ada dalam senarai kenalan yang menenuhi ciri-ciri prosek kenalan itu tadi. Anda boleh memperkenalkan rakan anda kepadanya.

Inilah pemberian yang boleh anda lakukan, sebelum di kemudian hari nanti menerima pula daripada sesuatu pihak yang lain. Hidup ini umpama satu pusingan kitaran. Apabila memberi sesuatu yamg baik akan dibalas baik, dan begitu juga sebaliknya.

Memberi dan Kongsi Idea Anda

Ramai orang yang takut-takut untuk menyumbang idea mereka. Sebagai contoh, apabila terfikir idea yang hebat, idea itu akan disimpan sahaja. Mungkin anda risau jika mereka mencuri pula idea anda. Bukanlah mengatakan ia tidak pernah berlaku – memang ada kalanya jika kita berkongsi idea yang hebat, kita tidak akan mendapat apa-apa manfaat. Namun begitu, benarkah kita tidak mendapat apa-apa?

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Sebenarnya, apabila kita membebaskan idea hebat kita kepada orng lain, kita akan menjadi lebih kreatif! Ini kerana secara psikologi ia akan memaksa kita untuk mencari idea yang lebih baik daripada idea asal tersebut. Ia juga memaksa kita mengambil tindakan yang pantas untuk merealasasikan idea itu.

Dengan menyimpan idea yang kita ada, anda bagaikan tidak mempunyai apa-apa lagi dan idea tersebut adalah rizab terakhir kita memiliki. Sebenarnya ini hanya menghalang diri kita berkembang lebih maju.

Fikir Kejayaan Besar

Fikiran dan minda anda juga perlukan “pemberian”. Beri peluang kepada diri anda untuk ” think big”. Semua kisah kejayaan bermula dengan pemikiran yang besar.  Dengan mengimpikan sesuatu yang besar, anda akan memaksa diri untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam mencapai sesuatu yang berada di luar jangkaan.

“Shoot for star; if you don’t get it, you still get the moon!”(Capailah bintang-bintang; sekiranya hajat anda tidak kesampaian, anda masih mampu mencapai bulan!)

Maksud di sini, ia memberi kebebasan berfikir sesuatu yang lebih hebat dan besar daripada zon selesa anda. Sekiranya sesuatu yang hebat itu tidak capai, anda masih mampu mencapai sesuatu yang membanggakan.

Untuk “memberi” fikirkan anda sesuatu yang besar, cubalah lakukan gambaran visual dalam minda:

  • Andaikan anda mempunyai sebuah kedai, fikirkan bagaimana anda mahu membina kedai-kedai tambahan (francais)?
  • Sekiranya anda telah berjaya di negeri anda, mengapa tidak cuba pula di seluruh negara dan kemudian ke peringkat antarabangsa?
  • Sekiranya pendapatan bulanan anda RM1,00, fikirkan bagaimana anda boleh memperoleh pendapatan RM10,000?
  • Sekiranya pendapatan anda RM10,000 sebulan, fikirkan pula bagaimana untuk memperoleh pendapatan RM100,000?

Teruskan Memberi dan Berkongsi

Saya juga sering memberi tip-tip perniagaan dan kejayaan setiap hari dan semua ini tidak akan habis! Lebih banyak yang kita beri dan dedahkan, lebih banyak idea-idea yang baru datang. Apabila berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja, perbuatan menyampaikan ilmu tersebut akan membuka minda kita kepada lebih banyak ilmu lagi. Ia akan menjadi kita lebih kreatif dalam memperbaiki ilmu yang sedia ada pada kita. Jadi teruskan memberi untuk anda terus menerima.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.