php hit counter

Gerhana Matahari Penuh berlaku 20 Mac 2015 – tapi Malaysia tak nampak

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Gerhana Matahari Penuh berlaku 20 Mac 2015

Sebagaimana ramai yang ketahui, pada 20 Mac 2015 nanti, akan berlaku sekali lagi fenomena gerhana matahari penuh.

Namun gerhana kali ini tidak dapat dilihat dari langit Malaysia. Ianya akan berlaku nun jauh berhampiran dengan Kutub Utara!

Untuk lebih tepat lagi, satu-satunya kawasan ‘darat’ yang akan dilintasi oleh bayang-bayang bulan ini ialah Kepulauan Fahroe. Selain itu hanya sebuah lagi bandar bernama Svalbard di sekitar kutub utara.

Kawasan lain hanya lautan seluas mata memandang.

Di bawah merupakan animasi pergerakan bayang-bayang bulan itu nanti.

SE2015Mar20T

Animasi gerhana matahari penuh pada 20 Mac 2015 nanti. Kredit: NASA/GSFC/AT Sinclair.

Di bawah ialah peta laluan bayang-bayang bulan (di antara dua garisan merah yang tengah-tengah menuju ke atas), yang dijanakan oleh penjejak gerhana Xavier M. Jubier, menerusi laman web beliau ini. Saya memang menggunakan data-data yang dikira oleh beliau untuk beberapa siri gerhana matahari yang saya ikuti sebelum ini, dan sahih lagi tepat, InsyaAllah.

screen-2015-03-16-at-9.05.16-AM-1024x542

Peta yang dijana oleh Xavier M. Jubier.

Apabila kita zoom di sepanjang laluan ini, di dapati hanya 2 kawasan daratan seperti yang dimaklumkan tadi.

screen-2015-03-16-at-9.10.06-AM

Kepulauan Fahroe, lokasi yang paling ke-selatan, yang boleh lihat gerhana penuh ini. © Xavier M. Jubier

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

screen-2015-03-16-at-9.11.45-AM

Svalbard, berhampiran kutub utara dan Greenland. © Xavier M. Jubier  dd

Jadi, jelaslah gerhana matahari penuh kali ini (sekali lagi) tidak dapat dilihat dari Malaysia.

Gerhana dari kutub utara

Seperkara yang menarik mengenai gerhana ini ialah ia berlaku pada tarikh ekuinoks bulan Mac, yang mana kedudukan matahari akan melintasi garisan khatulistiwa menuju ke utara. Ini menandakan bermulanya musim bunga bagi anda di hemisfera utara, dan bermula musim luruh bagi di selatan.

(Kita di Malaysia, seperti biasa hujan, panas, hujan panas. Kita bukanlah negara empat musim. Maka, jangan layan tohmahan yang melayang-layang di alam maya. Sila ulangkaji dan buka buku geografi  sekolah rendah anak-anak kita)

Jika kita berada di Kutub Utara, kita akan menjadi melihat gerhana ini dari perspektif yang unik. Ketika itu, matahari ‘baru sahaja kelihatan’ di atas ufuk. Ia terbit seperti biasa dari Timur, tetapi yang peliknya di sana ialah, ia akan kelihatan bergerak ke arah ‘kanan’, melungsuri sangat rendah di ufuk. Apabila ia menghampiri titik selatan, bulan akan mula bergerak dihadapannya, dan ketika itu gerhana penuh bermula. Selepas itu, bulan akan mula ‘keluar’ dari hadapan matahari, dan langit kembali cerah.

Saya telah sediakan animasi tersebut menggunakan perisian Sky Safari Pro 4 di bawah:

Rasanya sesiapa yang berada di kutub utara ketika itu akan dapat menyaksikan sesuatu yang serupa dengan apa yang dilihat oleh Fred Bruenjes (moonglow.net) ketika beliau berada di Kutub Selatan pada tahun 2003. Cukup menakjubkan!

antarcticeclipse_bruenjes_big

Gerhana Matahari Penuh Antartika Kerdit dan Copyright: Fred Bruenjes (moonglow.net)

InsyaAllah, jika ada link baru, saya akan tambah di sini dari semasa ke semasa.

Di bawah ialah maklumat ringkas kesemua 4 buah fenomena gerhana yang akan berlaku sepanjang 2015.

senarai-gerhana-2015-1024x720

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.