Maaf tuan, saya ingin pergi ke hospital besar. Tetapi saya tidak pasti bagaimana untuk ke sana. Saya baru je sampai di Kuala Lumpur ni,” seorang lelaki bertanya seorang pegawai polis.
“Baiklah, kamu pergi ke stesen bas di depan sana.
Tunggu bas 18. Bas itu akan bawa kamu ke sana,” kata pegawai polis itu sambil menunjukkan sebuah stesen bas yang tidak jauh dari situ.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
“Baiklah, terima kasih.” Pegawai polis itu berlalu pergi dengan kereta perondanya. Empat jam kemudian, polis berkenaan melalui lagi tempat berkenaan. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati lelaki yang bertanya tadi masih di situ menunggu bas.
Polis itu segera menghampirinya dan bertanya: “Kamu masih menunggu? Kan saya dah kata naik bas 18?”
“Oh, tuan! Ya tuan, saya sedang menunggu bas. Setakat ini baru 16 buah bas yang lalu. Tinggal dua buah bas saja lagi untuk sampai bas yang ke-18. Dah tak lama dah…”
Pengajaran: Ada sesetengah orang perlu dibimbing sehingga dia berjaya melakukan sesuatu, seperti mengajarkan anak-anak kecil, terutama soal aqidah dan ibadah, bukan semata-mata memberikan maklumat tetapi bersama-sama mereka mempraktikkannya.