Kita selalu mendengar bahawa kisahnya tentang Nabi Adam A.S. Dan Kita juga terlalu tahu tentang kejadiannya itu adalah dari tanah tetapi apakah kita tahu akan tanah itu? Apakah kita sudah tahu akan prosesnya kejadian itu?
NABI ADAM A.S. (Abdul Basyar / Bapa Segala manusia)
Pada suatu ketika, Allah SWT Menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.
Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selapas itu, Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah, “Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan,bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaku.Apabila Izrail turun kebumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.
Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman “Ya Izrail pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu . Aku yang mengaturkannya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah Syurga
12. Tanah Thaif
Berkata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
4. Mukanya dari tanah Aden,kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjuruskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India,tempat berdiri dan berjalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan ilmu,kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Thaif, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah pula prosesnya?
1.Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin, hanyir,angin,api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”
2.Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malukut”.
3.Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan .Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah,wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar ,mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk,akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut Riwayat ketika adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.Kerana Adam telah diturunkan ke dunia,terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama,ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya dikepala: dua liang mata,dua liang telinga,dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam dibawah , sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1.Mata alat penglihatan
2.Hidung alat penciuman
3.Telinga alatpendengaran
4.Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya
5.Anggota tubuh lainnya seperti kulit,telapak tangan untuk perasa halus,kasar dan sebagainya.
والله أعلم
info yg bgos ni…