Kita secara kebiasaannya menggunakan nama bulan-bulan mengikut tahun masehi.Tapi tahukah kita bahawanya nama bulan yang kita gunakan seperti Januari,Februari dan sebagainya itu mempunyai maksud yang tersirat tanpa diketahui.
Rahsia Bulan-Bulan Masehi Serta Pengertiannya.
JANUARI:
Berasal dari nama tuhan orang Romawi yang berwajah dua, bernama ‘Janus’. Sebelah mukanya meihat ke belakang dan sebelah lagi ke depan.
FEBRUARI :
Berasal dari bahasa latin “Februo” ertinya mensucikan atau kesucian. Pada bulan ini bangsa Romawi pada zaman dahulu mengadakan upacara pembersihan jiwa.
MAC :
Berasal dari nama tuhan perang Romawi bernama “Mars”.
APRIL :
Berasal dari bahasa latin “Aperto” ertinya terbuka atau berkembang.Pada bulan ini biasanya bunga-bunga berkembang mekar. Orang Saxon menyebut bulan ini ‘Easter’ sebagai penghormatan kepada tuhan musim panas.
MEI :
Berasal dari kata-kata “Maia” nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama Atlas.
JUN :
Berasal dari perkataan ‘Juno’, nama tuhan bangsa Romawi.
JULAI :
Berasal dari bahasa latin yang bererti lima kerana ia adalah bulan kelima dalam kalendar ‘Romulus’. Namanya diambil sempena Julius Caesar yg kemudiannya diubah menjadi bulan ketujuh.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
OGOS :
Berasal dari nama lama ‘Sextiles'(bulan keenam). Pada masa Kaiser Augustus beliau menggantikannya kepada bulan Augustus dan menjadi bulan yang kelapan.
SEPTEMBER :
Berasal dari bahasa latin ‘septem’ ertinya tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan yg ketujuh tetapi telah diubah menjadi bulan yang kesembilan.
OKTOBER :
Berasal dari bahasa latin ‘Octo’ yg bererti lapan tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kesepuluh.
NOVEMBER :
Berasal dari bahasa latin ‘Novem’ yang bererti sembilan tetapi kemudiannya ditukar menjadi bulan yang kesebelas.
DISEMBER :
Berasal dari bahasa latin ‘Decem’ yang bererti sepuluh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.
Nama-nama Asal Hari Masehi:
SUNDAY : Berasal dari “Sun’s Day” yang bererti matahari.
MONDAY : Berasal dari “moon’s Day” yang bererti hari bulan.
TUESDAY : Berasal dari “Day of Tyr” sempena nama dewa perang ‘Tyr’.
WEDNESDAY : Berasal dari perkataan “Woden” nama dewa suci.
THURSDAY : Berasal dari “Day of Thor” sempena nama tuhan halilintar ‘Thor’.
FRIDAY : Berasal dari ” Day of Freya” sempena dewa perkahwinan.
SATURDAY : Berasal dari perkataan “Saturnus” ertinya bintang saturnus.