Jumhur para Ulama telah sepakat bahawa hukum meninggalkan solat wajib termasuk dari Dosa Besar yang lebih besar dari dosa besar lainnya.
Ibnu Qayyim Al Jauziyah rahimahullah mengatakan, ”Kaum muslimin bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.” [Ash-Sholah, hal. 7]
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Dinukil oleh Adz Dzahabi dalam Al Kaba’ir, Ibnu Hazm rahimahullah berkata, “Tidak ada dosa setelah keburukan yang paling besar daripada dosa meninggalkan solat hingga keluar waktunya dan membunuh seorang mukmin tanpa alasan yang dibenarkan.” [Al-Kaba’ir, hal. 25]
Amirul Mukminin, ‘Umar bin Al Khaththob r.a mengatakan, “Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah solat. Barangsiapa menjaga solat, bererti dia telah menjaga agama. Barangsiapa yang menyia-nyiakannya, maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tiada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.“