Pada malam Nisfu Sya’ban hendaklah kita merebut peluang keemasan ini dengan cara menghidupkan malamnya dengan ibadat. Sebelum itu, pada siangnya eloklah berpuasa terlebih dahulu. Apabila selesai menunaikan solat Maghrib, disunatkan solat sunat dua rakaat. Selepas itu, hendaklah dibaca surah Yaasin sebanyak tiga kali dengan niat yang berbeza-beza sebagaimana yang akan dijalaskan nanti.
Disunatkan juga memperbanyakkan istighfar dan bertaubat daripada segala dosa serta meminta keampunan daripada Allah SWT untuk kedua ibu bapa serta keluarga di samping memperbanyakkan bacaan Al-Quran, bertasbih, berselawat dan melakukan solat-solat sunat.
Selain daripada itu, disunatkan juga memperbanyakkan doa kerana malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Rasulullah SAW bersabda : maksudnya
“Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, dua malam iaitu malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha”.
Di dalam kitab Durratun Nasihin dinyatakan hadith yang bermaksud :
“Jibril telah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya’ban dan berkata : “Wahai Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat sedang di buka, oleh itu bangunlah dan kerjakanlah sembahyang, kemudian angkat kepalamu serta kedua-dua tanganmu ke langit.” Aku (Rasulullah) bertanya: “Wahai Jibril, apakah gerangan malam ini?” Jibril menjawab : “Pada malam ini telah di buka 300 pintu rahmat, maka Allah SWT mengampun semua orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatu melainkan (yang tidak diampuni) ialah tukang sihir,tukang tilik nasib, orang yang sangat suka bermusuhan, peminum arak, pelacur, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa,orang yang suka mengadu domba, dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka tidak akan bertaubat dan meninggalkan pekerjaan maksiatnya”.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Antara Peristiwa di Bulan Sya’ban
1. Malam Nisfu Sya’ban pada 14 Sya’ban.Keagungan malam Nisfu Sya’ban seumpama keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
2. Berlaku penukaran qiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya’ban.
3. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada bulan Sya’ban tahun kelima hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam
4. Perang Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.
Bacaan Yaasin Pada Malam Nisfu Sya’ban
Pada malm Nisfu Sya’ban, disunatkan membaca Surah Yaasin sebanyak tiga kali berturut-turut dengan niat doa yang berbeza-beza sebagaimana berikut :
1. Bacaan Yaasin yang pertama memohon supaya Allah SWT memanjangkan umur di dalam ketaatan kepadaNya dan sentiasa beramal soleh.
2. Bacaan kali kedua memohon supaya di tolak segala bala’ dan bencana yang bakal menimpa.
3. Bacaan kali ketiga memohon supaya kita tidak berhajat melainkan kepada Allah SWT dan memohon supaya dimurahkan rezeki yang halal.
Setiap kali selesai membaca Yaasin,hendaklah membaca doa ini :
thanks for sharing..amalan yang patut dilakukan pada malam ni. Semoga kita mendapat keberkatan pada malam Nisfu Syaaban ini. Insya Allah…
Moga Sama-sama kita amalkan…
Amalan yang menfaat , thanks for sharing
smoga Umat isLam bner2 mngamalkanx..aminn
Nisfu sya’ban tanggal dan bulan berapa ya?
Assalamualaikum,yang sy tau,untuk 15 sya’ban jatuh pada hari senin tanggal 24 Juni 2013, dari mulai sejak terbenam matahari hingga malam selasa nya sudah jatuh malam nisfu sya’ban,sehingga kita bisa berpuasa ke esok harinya tgl 25 Juni 2013, ini link yang saya baca mbak :http://blognyafitri.wordpress.com/2013/06/10/malam-nisfu-syabantanggal-15-syaban-1434-h-jatuh-pada-tanggal-24-juni-2013/
wah tanks atas infonya yang bermanfaat sekali ya akhi
Subhannallah,semoga kita semua bisa melaksanakan amalan pada malam nisfu sya’ban,barakallah…
Semoga amal ibadah kita diterima Allah Swt. Amiin….
subhanallah…semoga saya termasuk orang yg senantiasa memuliakan malam nisfu syaban… dan mendapat rahmat,ridho dan barokah dari Allah swt pada malam nisfu syaban…amiiinnn
Selamat Beramal sempena Nisfu Syakban..
ampuni dosa2 hamba y allah
semoga amal ibadah kita semua di terima ALLAH SWT.
Amin
Sangat bermanfaat, syukron!
Ijin copas ya ustadz 🙂
Terima kasih banyak atas infonya
Rasulullah SAW bersabda : maksudnya
“Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, dua malam iaitu malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha”.
hai bung… yang jelas itu adalah Malam lailatul qadar dan pada bulan Ramadhan. dan itu jelas terdapat di dalam Alquran dan hadist nabi Muhammad SAW
jangan bid’ah donk, klo nulis takde dalilnya jgn sembarang kau bisa masuk neraka…
thanks for sharing my brother!
inilah saham yg x pandai muflis!
Assalamu alaikum,saya tak sempat menyambut bulan nisfu saban disebabkan terlupa kerana takde orang mengingatkan saya ,saya nak tanya bolihkah saya amalkan pada malam ini?