php hit counter

Amalan-Amalan Malam Nisfu Sya’ban

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Pada malam Nisfu Sya’ban hendaklah kita merebut peluang keemasan ini dengan cara menghidupkan malamnya dengan ibadat. Sebelum itu, pada siangnya eloklah berpuasa terlebih dahulu. Apabila selesai menunaikan solat Maghrib, disunatkan solat sunat dua rakaat. Selepas itu, hendaklah dibaca surah Yaasin sebanyak tiga kali dengan niat yang berbeza-beza sebagaimana yang akan dijalaskan nanti.

Disunatkan juga memperbanyakkan istighfar dan bertaubat daripada segala dosa serta meminta keampunan daripada Allah SWT untuk kedua ibu bapa serta keluarga di samping memperbanyakkan bacaan Al-Quran, bertasbih, berselawat dan melakukan solat-solat sunat.

Selain daripada itu, disunatkan juga memperbanyakkan doa kerana malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Rasulullah SAW bersabda : maksudnya

“Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, dua malam iaitu malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha”.

Di dalam kitab Durratun Nasihin dinyatakan hadith yang bermaksud :

“Jibril telah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya’ban dan berkata : “Wahai Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat sedang di buka, oleh itu bangunlah dan kerjakanlah sembahyang, kemudian angkat kepalamu serta kedua-dua tanganmu ke langit.” Aku (Rasulullah) bertanya: “Wahai Jibril, apakah gerangan malam ini?” Jibril menjawab : “Pada malam ini telah di buka 300 pintu rahmat, maka Allah SWT mengampun semua orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatu melainkan (yang tidak diampuni) ialah tukang sihir,tukang tilik nasib, orang yang sangat suka bermusuhan, peminum arak, pelacur, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa,orang yang suka mengadu domba, dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka tidak akan bertaubat dan meninggalkan pekerjaan maksiatnya”.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Antara Peristiwa di Bulan Sya’ban

1. Malam Nisfu Sya’ban pada 14 Sya’ban.Keagungan malam Nisfu Sya’ban seumpama keagungan Rejab dengan malam Isra’  Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.

2. Berlaku penukaran qiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya’ban.

3. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada bulan Sya’ban tahun kelima hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam

4. Perang Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.

Bacaan Yaasin Pada Malam Nisfu Sya’ban

Pada malm Nisfu Sya’ban, disunatkan membaca Surah Yaasin sebanyak tiga kali berturut-turut dengan niat doa yang berbeza-beza sebagaimana berikut :

1. Bacaan Yaasin yang pertama memohon supaya Allah SWT memanjangkan umur di dalam ketaatan kepadaNya dan sentiasa beramal soleh.

2. Bacaan kali kedua memohon supaya di tolak segala bala’ dan bencana yang bakal menimpa.

3. Bacaan kali ketiga memohon supaya kita tidak berhajat melainkan kepada Allah SWT dan memohon supaya dimurahkan rezeki yang halal.

Setiap kali selesai membaca Yaasin,hendaklah membaca doa ini :

Amalan Malam nisfu Sya'ban

20 thoughts on “Amalan-Amalan Malam Nisfu Sya’ban”

  1. thanks for sharing..amalan yang patut dilakukan pada malam ni. Semoga kita mendapat keberkatan pada malam Nisfu Syaaban ini. Insya Allah…

  2. Mrs.Mostafa Nabil Abdelmohsen Sedek

    Subhannallah,semoga kita semua bisa melaksanakan amalan pada malam nisfu sya’ban,barakallah…

  3. subhanallah…semoga saya termasuk orang yg senantiasa memuliakan malam nisfu syaban… dan mendapat rahmat,ridho dan barokah dari Allah swt pada malam nisfu syaban…amiiinnn

  4. Rasulullah SAW bersabda : maksudnya

    “Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, dua malam iaitu malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha”.

    hai bung… yang jelas itu adalah Malam lailatul qadar dan pada bulan Ramadhan. dan itu jelas terdapat di dalam Alquran dan hadist nabi Muhammad SAW

  5. Assalamu alaikum,saya tak sempat menyambut bulan nisfu saban disebabkan terlupa kerana takde orang mengingatkan saya ,saya nak tanya bolihkah saya amalkan pada malam ini?

Leave a Reply to arif djarum supers Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.