php hit counter

Tips Persediaan Menghadadpi Peperiksaan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Persediaan Menghadadpi PeperiksaanHadapi peperiksaan dengan penuh ketenangan. Jangan panik untuk mengambil peperiksaan. Anda tidak perlu risau jika anda telah berusaha, pasti anda akan berjaya. Buatlah persediaan awal supaya anda tidak kelam kabut apabila menjelang hari peperiksaan. Buat tinjauan terlebih dahulu apa yang anda perlu lakukan supaya anda senang menghadapi peperiksaan.

Senaraikan perkara yang perlu dilakukan setiap hari agar anda tidak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Kalau boleh, sediakan jadual pembelajaran di rumah supaya anda tidak leka. Tentukan keutamaan kepada subjek yang anda kurang mahir dan sentiasa membuat ulangkaji. Amalkan setiap hari, barulah anda akan mahir akan subjek terbabit. Berikan masa kepada diri anda untuk belajar tetapi rancangkan juga inisiatif pembelajaran yang memberangsangkan.

Kenalpasti topik atau subjek pembelajaran yang anda lemah. Mulakan belajar topik yang penting dahulu ini kerana topik yang pentinglah yang akan sentiasa keluar dalam peperiksaan. Jika anda masih kurang faham, jangan malu untuk merujuk guru anda. Jika anda mahu berjaya, anda perlu bantu diri sendiri supaya berjayq. Jangan bergantung harapan kepada nasib dan juga orang lain. Hanya diri anda sendiri yang boleh bantu mengubah anda.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Salah satu kesalahan pelajar ialah membaca. Dengan hanya membaca, anda tidak akan dapat memahami pembelajaran tersebut. Jangan hanya membaca, sebalik cubalah untuk memahami dan mendalami subjek pembelajaran tersebut. Belajar secara aktif, bukan pasif. Anda perlu pandai meneroka agar lebih faham.

Gunakan kaedah mengulangkaji dengan betul. Pelbagaikan aktiviti ketika anda mengulangkaji dan jangan hanya tumpu kepada satu sahaja. Membaca, menulis, melakar peta minda dan menghafal adalah perkara yang berbeza. Bukan sahaja membaca, andq perlu gambarkan konsep agar lebih faham.Tips Persediaan Menghadadpi Peperiksaan

Belajar untuk berjaya, bukan belajar untuk peperiksaan sahaja. Terapkan minat untuk belajar dalam diri anda. Sentiasa proaktif agar anda tidak ketinggalan. Gunakan setiap masa yang anda ada untuk mengulangkaji pelajaran bukan untuk membuat perkara yang tidak berfaedah.

Kehidupan sebagai pelajar adalah langkah asas untuk anda menghadapi alam dewasa atau alam pekerjaan. Apa yang anda usahakan hari ini akan menentukan diri anda pada masa hadapan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.