Kota Tinggi: Tiga maut dan seorang cedera dalam kemalangan di persimpagan Teluk Sengat, Penawar, di sini, 10 pagi tadi.
Kejadian itu membabitkan dua kenderaan jenis Perodua Kancil dan Proton Waja.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu Perodua Kancil Satawee Drmawee, 65; isterinya, Jamaliah Ismail, 59, dan jiran mereka, Saudah Yusof, 69.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Mangsa yang cedera pula adalah pemandu Proton Waja yang juga anggota Balai Polis Pengerang, Mohd Adlizan Mohd Taib, 28.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, siasatan awal mendapati Perodua Kancil dikatakan menghala ke Sungai Rengit masuk ke laluan bertentangan.
Menurutnya, kenderaan berkenaan kemudiannya bertembung dengan kereta dipandu anggota polis terbabit.
“Ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian, manakala anggota polis terbabit hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Kota Tinggi,” katanya.