php hit counter

TANGAN KANAN ATAU TANGAN KIRI?

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

TANGAN KANAN ATAU TANGAN KIRI

SEJAK DARI KITA BALIGH, segala AMAL BAIK DAN AMAL BURUK kita, akan dicatat oleh Malaikat Raqib dan Atid, yang ditugaskan oleh Allah SWT…. Kedua2 malaikat itu mencatat segala amal perbuatan, dan percakapan kita, dari amalan yang sebesar-besarnya, hinggalah kepada amalan yang sekecil-kecilnya… (Surah Al Kahfi ayat 49)

Apabila kita dibangkitkan kelak di Padang Mahsyar, buku catatan ini akan diserahkan kembali kepada kita… BAGAIMANA CARA KITA MENERIMA BUKU AMAL TERSEBUT?

Buku catatan amal itu, ada YANG DIBERI KE TANGAN KANAN kita, dan ada yang diberi ke TANGAN KIRI kita… ORANG YANG DIBERIKAN BUKU AMALNYA KE TANGAN KANANNYA MERASA SANGAT GEMBIRA, sehingga ia menyeru orang-orang lain supaya membacanya… Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan TANGAN KANANNYA, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): NAH! KAMU BACALAH KITAB AMALKU INI!” [Surah Al-Haqqah:19]

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Sebaliknya orang yang DIBERIKAN BUKU AMALNYA KE TANGAN KIRINYA, ia merasa sedih hati, dan menyesal kerana malang nasibnya… Allah SWT berfirman yang bermaksud, “ADAPUN ORANG YANG MENERIMA KITAB AMALNYA DENGAN TANGAN KIRINYA, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): ALANGKAH BAIKNYA KALAU AKU TIDAK DIBERIKAN KITAB AMALKU.” (Surah Al-Haqqah:25)

Lagi firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan TANGAN KANANNYA, maka dia akan DIHISAB DENGAN CARA YANG MUDAH DAN RINGAN, dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dari sebelah belakangnya (dengan tangan kiri), maka dia akan MERAUNG MENYEBUT-NYEBUT KEBINASAANNYA… Dan dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang.” (Surah Al-Insyiqaaq : 7-12)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.