Seorang ahli hikmah telah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak..? Maka jawabnya,ini adalah urusan Allah,…kita tidak berupaya menentukannya,…tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:
1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh dari mendekati mereka-mereka yang fasik.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.
4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.
6. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.
p/s : Moga ianya bermanfaat pada kita semua
alhamdulillah ia amat memberi manfaat..terima kasih pd tuan blog yang berkongsi…tarikh post ini pada tarikh yang amat bermakna pada saya…tarikh lahirnya diri ini atas muka bumi ini…TQ to Allah. (nk copy boleh x?) trima kasih hanya Allah mampu mbalas kebaikan yang diberikan.
syukran.saya hanya menyampaikan apa yang patut disampaikan..terpulang la..boleh je kalau nk copy.tp haruslah di sertakan link blog ini..TQ
Assalamualaikum….mohon share post nie dkt blog sya…terima kasih 🙂
waalaikumsalam…nk share ye…silakan