(Foto) Hampir 1,000 Berbaris Isi Minyak Percuma Sumbangan Pesara
SUNGAI PETANI, 4 Nov: Hampir 1,000 penunggang motosikal di sini berbaris panjang untuk mengisi minyak petrol percuma sumbangan seorang pesara di sebuah stesen minyak dekat Tikam Batu sejak awal pagi tadi.
Petrol itu disumbangkan bekas pegawai Pejabat Daerah (PPD) Kuala Muda, Abdul Ghani Haron, 60.
Beratus-ratus penunggang motosikal berbaris panjang di Shell Tikam Batu bagi mengisi petrol bermula jam 6.30 pagi.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Menurut Abdul Ghani, sumbangan petrol itu adalah sebahagian program sedekah amal jariah yang dilakukan bersama rakan-rakannya untuk meringankan beban masyarakat.
“Bukan untuk menjadi popular tapi sekadar melakukan sedekah jariah, malah bukan minyak saja yang diberi tapi pelbagai barangan lain kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.
Jumlah setakat jam 9.30 pagi tadi, minyak petrol bernilai lebih RM5,000 sudah disumbangkan.