Subhanallah…. Keindahan alam semulajadi yang sangat cantik pemandangannya. Di sebuah Pulau Mauritius disebelah timur Afrika terdapat sebuah perkampungan yang berada di daerah Black River yang dikenali sebagai Chamarel. Di perkampungan ini dapat dilihat sebuah bukit pasir yang mempunyai 7 warna yang berbeza yang disebut juga sebagai ‘Seven Colored Earth‘.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Kawasan ini telah dijadikan tempat pelancongan yang paling terkenal di Pulau ini. Kawasan ini mempunyai keluasan 7500m persegi dengan dihiasi 7 warna yang berbeza iaitu merah, perang, ungu, hijau, biru, kuning dan oren yang menghasilkan pemandangan yang sangat indah di mata kita. Sungguh indah ciptaan Allah untuk pemandangan umatnya. Subhanallah.
Ada kajian yang mengatakan bahawa pasir-pasir ini terbentuk daripada pecahan batuan vulkanik yang beraneka warna dan bercampur dengan pelbagai jenis mineral batuan yang terkandung dalam tanah sejak dulu kala lagi.
sumber: goklik-info
Subhanallah.. cantiknya!
In sha Allah jika ada rezeki ingin melihat sendiri keindahan alam ini.. 🙂