“Radiator tersumbat?? Over temperature??? Betul ke tersumbat??? Bila tegok air tak jalan pun, enjin hidup tapi air dalam radiator tak gerak pun”
Bagaimana Nak Iklan & Jual Kereta Terpakai?
Ini ayat yg biasa kita dengar dari pengguna kereta..
1. Air kurang, sebab air kurang mungkin radiator mengalami kebocoran.
2. Kipas tidak berfungsi dengan baik, mungkin karbon motor sudah haus sebab itu kipas tidak dapat berfungsi lagi, mungkin juga fius yang mengawal kipas untuk automatik ada masalah.
3. Radiator sumbat, radiator mempunyai tiup-tiup kecil untuk air dapat melaluinya, jika tiup-tiup tersebut tersumbat air tidak dapat berjalan dengan lancar, jadi hantarlah kenderaan anda untuk pemeriksaan lanjut.
4. Air tidak dapat berjalan dengan lancar, ia boleh terjadi puncanya adalah mengalami karat pada thermostat. Macam mana nak tahu? Sila pegang hose pipe atas dan hose pipe bawah, jika hose pipe atas panas dan hose pipe bawah sejuk, kemungkinan thermostat jem dan harus diktukar.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
5. Penutup radiator atau cap, jika rosak, cabut paip kecil yang bersambung ke tangki simpanan, tekan pedal minyak. Jika air banyak keluar dari paip kecil tersebut maka SAH penutup atau cap radiator rosak, wajib tukar.
Jika air tetap keluar, mungkin radiator sumbat, hantarlah kenderaan ke bengkel untuk pemeriksaan.
6. Check water pump masa start pagi-pagi tu, bukak cap radiator itu, kalau memang nampak air dalam radiator tak gerak langsung atau terpancut air keluar.. Maknanya ada kemungkinan water pump rosak
Sebagai langkah awal kita perlu periksa jumlah air radiator dalam tangki setiap minggu atau kalau boleh kerap kali. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang. Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang, sekali gus kita dapat mengesan kerosakan yang berlaku dan mencegahnya lebih awal
Kalau berlaku tanda-tanda kerosakan atau kebocoran cepat-cepatlah cari mekanik yang boleh baiki kerosakan tersebut.
Apa pun sebagai langkah yang lebih terjamin sila hantar ke bengkel dan selalunya makanik akan cek, water pump, host paip, dan top tank.
Sy pengguna proton saga lmst,keta sy da top overhaul/da cek head ok…radiator,motor kipas,water pump semua baru…tapi masalah keta balik2 juga temperature naik bila kelajuan keta 100km/j,pening…
pertanayaan apa masaalah jika kereta .perdana se tempreture naik lebih setengah sedangkan radiator baru tukar,penutup radiator baru,hose besar atas n bawah baru,tomostart. telah dibuang,minta tolong bagi pandangan sebab dah pening kepala duk fikir
sy guna kenari… radiator,kipas,termostat semua ok tp baru2 ni jln sekejap2 engine mati… x de current… alternator ok. suatu ari sampai tgh jln antara lanchang – temerloh mati terus, tgu 5 minit hidup balik. dtg peronda lpt dia ckp engine twin cam cepat panas jika selalu naik bukit, sy keje kt genting. sy tukar air dan guna coolant, alhamdulillah kini sudah ok.
kongsi pengalaman
Sy pakai saga flx.. Kenapa ea kipas radiator sy x nak benti lepas mati kan enjen dan cabut kunci.. Kipas terus pusing x benti.. Tolong…
nak tahu lebih lanjut sila tanya yg lagi pengalaman..
Relay besar bawah kotak fius rosak tuan…ganti relay tu semua ok..
Hos @ radiator mungkin bocor…@ x de air. Jd enjin panas. Tp biasa dlm 10 minit kipas stop pusing ikut tahap kepanasan enjin.
kipas tu rosak. Tukar baru.
Saya pakai keta gent2. Tempreture cepat naik pada paras kelajuan 100km keatas tolong bagi saya pencerahan. Suda pening tk apa no buat..
mgkin thermostat jem, atau bilah water pump karat patah atau broken,
Mtr ane cb150 r kok radiator nya dingin udh di pake jarak jauh juga seperti tidk berfungsi plijg aps nya ya gan
Warna air radiator coklat masih elok ke
kalau air radiator warna putih susu pun masih ok kalau temprature x heat