sememangnya telah lama benar terpisah. Apa tidaknya masing-masing dengan kehidupan masing-masing sehingga sukar untuk berkumpul semula. Saya teringat akan satu buku kecil, sekecil diari harian yang diisikan nama, alamat dan nombor telefon rakan taulan. Lantas saya ke stor yang menyimpan beg-beg lama dan peralatan memancing semasa saya bujan (dahulu. Sekarang tidak digalakkan memancing demi “menghormati” isteri tercinta. Setelah menyelongkar apa-apa yang patut, akhirnya “pucuk yang dicita” hadir juga. Di bawah kereta permainan kawalan jauh, di situlah letaknya buku kecil berwarna hijau itu. Agak kusam rupa wajahnya. Saya pun menyelak helaian demi helaian, namun
sayangnya semua tulisan telah pudar sehingga tidak jelas apa yang tertulis. Saya terus menyelak sampailah kepada satu nama yang masih boleh dibaca. Tertulis Mansor Gulam (bukan nama sebenar) atau lebih dikenali sebagai Chot dan nombor telefonnya yang agak pudar tetapi masih boleh dibaca. Dengan wajah yang ceria, saya mencapai telefon bimbit dan mendail nombor Chot. Di hujung talian dijawab satu suara: “Hello…” “Assalamualaikum…Chot,” saya memanggil nama gelarannya sebagai menandakan bahawa saya adalah sahabat lama yang amat mengenalinya.“Yah!” jawabnya. Saya teruja dengan jawapannya yang menandakan panggilan saya itu betul. Saya terus bercerita dan bercakap tentang kisah lama tanpa memberi peluang untuk dia membalas kerana saya tahu Chot seorang yang tidak banyak cakap dan suka mendengar. Akhir perbualan, saya bertanya: “Berapa orang anak dah, Chot?” “Lu mau Ploton Wila?” suara dari sana membalas tanya. Saya mula keliru: “Ha? Siapa ni?” “Ah Choy… jual keleta punya olang ma!” Secara automatik saya membalas: “O00… salah nombor.” Perbualan tamat. Saya membelek semula buku kecil yang telah kusam yang sedari tadi saya pegang. Tertulis di situ antara kelam nombor 8 yang pudar menjadi nombor 3. Baru saya tahu…tersalah mendail nombor. Saya mendail semula nombor yang telah dapat saya cam benar. Panggilan itu betul dan dijawab oleh orang yang rapat dengan Chot, katanya: “Betul. Ini nombor Mansor. Doakan Allahyarham agar ditempatkan di sisi orang beriman. Baru subuh tadi Mansor kembali menghadap Ilahi.” Innalillah…. Gerak naluri yang bertepatan pada waktunya. Simbolik daripada kisah: Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya; sihat dan kelapangan.” (Riwayat al-Bukhari) ‘Ala kulli hal: Nostalgia yang paling utama ialah mengingati dan memperbaiki kelemahan yang tidak sepatutnya kita lakukan pada masa lalu – muhasabah.