php hit counter

Muslimah… Bukan Sekadar Hiasan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Firman Allah yanng bermaksud: “Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada lelaki dan seorang perempuan dan dijadikan kamu berbangsa-bangsa agar kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa”.

Muhasabahlah diri dan ingatlah hidup ini sementara cuma, tunduklah dan patuhilah segala perintah Allah moga-moga kilauan iman yang kita impikan diperolehi bersama keberkatan dan redhaNya.

Teralpa seketika si Adam memimpin si Hawa mengharungi liku mehnah kehidupan. Semua ini kerana goyahnya iman dipandu hasutan dan bisikan syaitan. Benarlah khitob Allah yang menyatakan sesungguhnya syaitan itu musuh utama manusia yang nyata. Duhai muslimat anda pastinya sedar bahawa si Adam tertewas kerana terpesona dengan kecantikan yang anda miliki. Kenapa tidakku katakan begitu…bukankah fitrah insani itu terlalu cenderung jiwanya kepada sesuatu yang diistilahkan ‘cantik’, ‘molek’, ‘menawan’ dan sebagainya. Benar atau tidak muhasabahlah diri dan bukalah diari kehidupan yang lalu dan gunakanlah anugerah akal dan hati anda untuk membeleknya satu persatu.

Cantik itu adalah anugerah semulajadi yang Allah berikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Ada orang rupa parasnya menarik, ada pula paras tubuhnya molek, segalanya akan berubah apabila anda terlupa untuk memeliharanya. Walau pelbagai cara yang wujud untuk anda perolehi ingatlah sesungguhnya wudhuk’ itu menceriakan wajah, tahajjud itu menceriakan hati, solat itu pula riadhah harian bagi kita. Bila anda sudah cantik pada zahirnya maka cantikkanlah batin anda sebaik mungkin, kerana apalah nilai sebuah kecantikan jika dicemari dalamannya oleh benda-benda yang berkarat dan rosak contohnya jika anda mahu membeli sebuah kitab, sudah pasti anda membeleknya dari isi-isi yang terkandung di dalamnya baru anda lihat kulitnya cantik atau tidak. Setelah berpuas hati pasti anda akan membelinya, tetapi ada juga pembeli yang mengutamakan isi daripada kecantikan kulit, itu semua terpulang pada peribadi anda.

Ada pula segelintir manusia yang tidak puas dengan apa yang Allah beri lalu terciptalah perubatan moden yang merapu-rapu. Hidung yang asli di tukar dengan plastik yang di anggap lebih mancung dan menarik. Silikon-silikon di tanam pada tempat-tempat tertentu, kononnnya biar tampak lebih menarik dan anggun. Mereka tidak mengira aliran wang ringgit yang keluar, yang pentingnya matlamat mereka tercapai. Dalam diam semua itu mengancam keselesaan dan keharmonian jiwa mereka. Mana tidaknya, segala ciptaan manusia itu sudah termaktub tarikh intiha’nya berbeza ciptaan Allah yang kekal kecuali dengan kehendakNya dimusnahkan ciptaan itu. Oleh itu wahai muslimah, jangan cuba-cuba hendak mencari dosa free, bukankah pahala itu mudah diperolehi.

“Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik”, begitulah bunyi firman Allah.

Berpandukan ayat ini, ingatlah muslimat bahawa orang-orang yang baik daripada golongan solihin tertarik dengan kecantikan iman yang anda miliki. Sesungguhnya kelembutan budi, keindahan akhlak, ketaatan dan kebijaksanaan anda menjadi igauan mereka.

Taqwa merupakan penyelamat Nabi Yusuf a.s daripada termakan pujuk rayu Zulaikha. Bukannya kita tidak kenal betapa cantiknya Zulaikha, namun Yusuf takkan terpedaya dengannya. Terlepas Nabi Yusuf a.s bukan kerana takut bahawa Zulaikha adalah milik majikannya tetapi adalah kerana takutkan Allah yang Maha Melihat. Begitulah wahai Adam jangan tertewas kamu akan godaan dan pujuk rayu si Hawa.

Mata itu bebas melihat ke mana sahaja dan ia mudah terfokus kepada sesuatu yang menarik. Berlaku adillah duhai muslimat, peliharalah mata-mata itu dengan menutup aurat milikmu agar anda terselamat daripada bahana yang tidak diingini.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Wahai muslimat, Jangan sesekali mencari masalah dengan melunakkan dan memanjakan suaramu di hadapan ajnabi. Bukannya kalian tidak mengetahui bahawa itulah pengetuk gelora jiwa si Adam. “Sesungguhnya nyanyian yang membawa kepada asyik masyuk itu boleh menimbulkan sifat munafiq di dalam hati, sepertimana air yang menumbuhkan tanaman”, begitulah sabda Rasulullah SAW sebagai pedoman hidup bagi umat sepanjang zaman. Cuba para muslimat perhatikan, bukankah nyanyian itu lahir melainkan daripada suara jua. Jika kelantangan nyanyian si Adam boleh menghadirkan masyuk, bayangkan pula jika nyanyian itu daripada kelunakan suara muslimah…fikirkanlah…sebagai muhasabah diri.

Jangan pula duhai muslimat, anda meninggikan suara apabila berbicara dengan suamimu. Bukankah kemanjaan dan kelembutan suara itu harus dihadiahkan kepada insan yang bergelar ‘suami’. Begitu jua berlembutlah mendidik anak-anak serta beradablah apabila berbicara dengan orang yang lebih tua daripadamu. Renungilah pengorbanan Siti Muti’ah khusus buat suaminya,dia akan mengenakan pakaian yang disukai suaminya bilamana menanti di muka pintu, dihadiahkan kepada si suami senyuman yang manis agar hilang segala kepenatan. Peluh si suami pula dikesat dengan senduk kecil, tidak cukup dengan itu, dibantu pula si suami ketika mandi serta disediakan pakaiannya. Selesai makan dan solat, dihulurkan kepada suami sebatang rotan sebagai denda bagi setiap kesilapan yang dilakukan oleh beliau.

Keranamu ‘muslimah’ kacau dibuatnya, keranamu jua ummah tersia, keranamu ranaplah daulah, keranamu iman bergoyang, keranamu muslimah, insan yang bergelar lelaki tertewas. Lihatlah …betapa diri anda diekori oleh fitnah ciptaan syaitan durjana, maka berhati-hatilah dan pohonlah perlindungan Allah. Ketika mana  si kecil penghibur anda menemui penciptanya dan anda redho, maka ia merupakan syafaat bagi anda, berkat anak soleh yang mendoakan setelah anda tiada, peroleh kecintaan Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan umat islam, mencari kecintaan Allah dengan berusaha mendapatkan keturunan bagi meneruskan generasi manusia. Syukurlah duhai muslimah betapa mudah untuk menghampiri syurga, tetapi kenapa neraka terpelosoknya majoriti kaum Hawa…..

Mari duhai muslimahku bersama koreksi diri, perhatikanlah kaum sejenis di sekeliling anda. Tergamakkah diri merelakan mereka dibuai tiupan taghut laknatullah itu. Alaf baru, alaf baru juga, tapi awas, jangan diperbaharui hukum Allah yang tersedia ada. ‘Baru’ itu hanya untuk kuffar yang merasa hidup masih jauh penghujungnya, bukankah kita diajar untuk merasakan kematian itu kian hampir.

Syukurilah anugerah kecantikan semulajadi dengan hiasan iman dan taqwa. Ingatlah anugerah itu bukan milik anda bahkan pinjaman sebentar cuma sebagai ujian Allah buat ciptaannya. Perindahkanlah lagi hidup anda dengan adab dan tawaduk kerana biadap dan takabbur itu adalah kehinaan di mata manusia. Penyakit takabbur ini sukar diubati melainkan dengan taubat yang lahir dari keinsafan diri yang diiringi dengan keikhlasan. Cuba bayangkan betapa sukar untuk menghadirkan keikhlasan dalam jiwa biarpun ia mudah dilafazkan.

Walau kelembutan dan kelemahan itu sering dikaitkan dengan namamu wahai muslimah, cubalah perbesarkan semangat juang menegakkan Al-Haq. Taatilah ibubapamu dan sayangilah mereka, jangan sesekali melukai kembali keperitan sejarah perjuangan silam membesar dan mendidikmu. Cubalah bayangkan kesukaran mereka demi melihatmu bahagia tidak menderita seperti mereka. Jadilah penuntut ilmu Allah yang diberkati kerana berkat gurumu kerana tanpanya, ilmumu itu kaku… Jadilah isteri solehah yang mampu menyejukkan dan menenangkan badai gelora yang melanda si suami … semuanya kerana mencari redho Ilahi.

Bicara tentangmu muslimah takkan hilang daripada lisan mahupun mata pena. Betapa uniknya peribadimu mampu menarik perhatian untuk membicarakan tentangmu. Ingatlah duhai muslimat, anda boleh hidup cara mana yang anda suka, tetapi jangan lupa, anda akan mati. Anda boleh kerja cara mana yang anda suka, tetapi jangan lupa, anda akan menerima balasannya. Anda boleh kasihi sesiapa yang anda CINTA tapi jangan lupa, anda akan berpisah jua.

 Jadilah sebagaimana serikandi muqarribat silam nan agung dan janganlah berangan untuk menjadi mawar mewangi nan menawan yang dipuja ramai kerana pujaan itu hilang bersama hadirnya (mati). Layaklah kiranya, pujaan dan sanjungan itu buat pencipta segala kesempurnaan.

Wallahua’lam.

muslimah...bukan sekadar hiasan

1 thought on “Muslimah… Bukan Sekadar Hiasan”

  1. Pingback: Al-Islamu Ya’lu Wala Yu’la ‘alaih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.