php hit counter

Misteri Malam Lailatul Qadar, Malam 1000 Bulan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Malam Lailatul Qadar

Bulan Ramadhan adalah bulan yang kedatangannya paling dinantikan oleh setiap umat Islam. Mungkin sebahagian umat Nabi Muhammad s.a.w tertanya-tanya, apakah keistimewaan bulan Ramadhan dibandingkan bulan-bulan yang lain disamping itu banyak orang yang menunggunya?

Sebenarnya sangat banyak sekali keistimewaan bulan Ramadhan, mulai dari dibukanya pintu langit dan ditutupnya pintu neraka, diampuninya dosa–dosa yang telah lalu bagi yang berpuasa Ramadhan dengan penuh iman, dilipatgandakannya setiap pahala, dan masih banyak lagi. Salah satu keistimewaannya yang paling terkenal adalah adanya Lailatul Qadar. Malam yang paling diinginkan oleh setiap umat Muslim.

Lailatul Qadar adalah satu malam yang sangat penting yang hanya terjadi satu kali dalam setahun dan hanya ada ketika bulan Ramadhan. Di dalam Al Qur’an, Lailatul Qadar digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan, yang ertinya setiap solat dan amalan yang dilakukan pada malam ini lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan biasa.

Selain waktu diturunkannya Al-qur’an dan malam seribu bulan, banyak keistimewaan lain yang terjadi pada malam Lailatul Qadar. Seperti malam keberkatan, malam dimana Malaikat Jibril dan banyak malaikat lainnya turun ke bumi, malam yang penuh kesejahteraan, malam dicatatnya takdir setahun kedepan, dan malam dimana diampuninya dosa–dosa yang telah lalu bagi yang melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah.

Adakah malam ini malam Lailatul Qadar muncul? Hari apa dan tanggal berapa?. Banyak ulama berpendapat, datangnya Lailatul Qadar itu pada malam ganjil di 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Boleh jadi malam ke 21, 23, 25, sampai malam ke 29. Dan waktunya berpindah-pindah atau berbeza setiap tahun. Pendapat itu berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W, “Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan”. Allah S.W.T sendiri yang tahu tepatnya malam Lailatul Qadar datang. Tujuannya supaya tahu siapa yang sungguh-sungguh mencari malam ini dan siapa yang tidak.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Tapi bagaimana kita tahu malam Lailatul Qadar itu sudah datang atau belum? Jangan bimbang, kerana ternyata ada beberapa tanda saat datangnya malam yang istimewa ini. Tanda-tandanya seperti langit yang nampak cerah dan tiada aktiviti di galaksi misalnya bintang jatuh, udara dan angin yang terasa tenang, tidak begitu panas dan juga tidak begitu dingin, pada saat subuh matahari akan terbit dalam keadaan jernih tanpa sinar yang menyerlahkan, dan pada pagi harinya matahari bersinar dan nampak merah-kemerahan.

INILAH MALAM LAILATUL QADAR – keajaiban allah di dunia nyata terbaru

Bagi yang mendapatkan malam Lailatul Qadar ini, orang-orang akan merasakan ketenangan dan kelezatan dalam beribadah. Selain itu juga, orang boleh melihat malam ini dalam mimpinya seperti yang terjadi pada sebahagian Sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam malam Lailatul Qadar ini kita sangat dianjurkan memperbanyak do’a. Lebih-lebih do’a yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW berikut.

‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).”

Dan yang paling penting di malam ini adalah menghidupkan malam Lailatul Qadar. Ertinya kita harus lebih bersungguh-sungguh dalam beribadah dengan dasar keimanan. Menghidupkan malam Lailatul Qadar juga enggak hanya bisa dilakukan dengan solat sahaja, boleh juga dengan zikir dan membaca Al Qur’an. Tapi amalan solat lebih utama dari amalan lainnya di malam ini.

Malam Lailatul Qadar itu adalah malam yang sangat istimewa bagi seluruh umat Islam. Kerana begitu banyak kebaikan di dalamnya, sudah sepatutnya bagi umat yang muslim supaya “memburu” yang namanya Lailatul Qadar. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

Sumber

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.