php hit counter

Menyingkap Fenomena Alam yang Berlaku

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Menyingkap Fenomena Alam yang Berlaku

Fenomena alam yang berlaku sama ada gempa bumi, letusan gunung berapi, puting beliung, ribut taufan,  banjir dan kebakaran yang berlaku secara ringkasnya merupakan suatu bentuk balasan daripada Allah kepada mereka yang melakukan dosa dan kemungkaran, ujian bagi yang beriman dan pengajaran serta teladan buat yang terselamat.

Terdapat segelintir manusia yang menolak perkaitan di antara tragedi yang berlaku dengan perlakuan keji rnanusia yang rnengundang tragedi tersebut. Dr. Zaghlul berpendapat bahawa mereka tersebutadalah sakah satu daripada tiga golongan berikut; pertama, golongan kafir atau ateis yang mengingkari kewujudan Allah dan kekuasaanNya. Kedua, golongan jahil yang tidak mengerti apa-apa. Ketiga, golongan yang ragu-ragu yang tidak mengetahui sunnatullah yang berlaku kepada kaum-kaum terdahulu. Firman Allah yang bermaksud:

“Maka masing-masing kami binasakan dengan sebab dosanya iaitu di diantaranya ada yang kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu, ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi, ada yang kami timbuskan diri ke dalam bumi dan ada pula yang kami tenggelamkan di laut. Dan ingatlah Allah tiduk sekali-kali me mereka akan tetapi merekalah gang menganiaya diri mereka sendiri.” ( Surah al-Ankabut: 40 )

Beliau juga menjelaskan bahawa wujud hubungan yang begitu rapat di antara sains dan al-Quran dalam  menyentuh peristiwa tragis yang berlaku ini. Teori sains menyatakan bahawa apabila gempa bumi berlaku, ia akan merosakkan rangka asas terlebih dahulu sesuatu bangunan kemudian seterusnya meruntuhkan baki binaan tersebut. Teori ini sejajar dengan firman Allah Taala di dalam Surah an-Nahl: ayat 26 yang bermaksud:

“Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dan mereka telah menjalankan rancangan jahat terhadap agama Allah dan rasul-rasulnya, maka Allah binasakan bangunan mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung bangunan itu jatuh menimpa ke atas mereka dan mereka pula didatangi azab kebinasan dari arah yang mereka tidak mengedarinya.”

Sesungguhnya kemurkaan Allah SWT itu akan menimpa sesuatu kaum ketika mana mereka menzahirkan kemaksiatan dan kemungkaran kepada Allah S.W.T. Dari Ummul Mukminin, Saidatina Zainab binti Jahsy R.A, Rasulullah telah bertemu dengannya secara tiba-tiba sambil berkata “La ilaha illah, celakalah kaum Arab di atas kejahatan yang kian hampir. Hari ini telah terbuka tembok ya’juj dan ma’juj seperti ini (sambil Rasulullah s.a.w merenggangkan dua jari baginda). “Maka aku bertanya,”Ya Rasulullah, adakah kita akan dihancurkan sedangkan bersama-sama kita golongan yang soleh?” Rasulullah menjawab. “Ya, sekiranya kekejian itu meluas.”

Pihak Barat yang kononnya maju dan membangun serta mendakwa merekalah yang melindungi hak asasi manusia, sedangkan merekalah yang telah menguasai ekonomi negara-negara Asia tempat-tempat perdagangan manusia, sebagai contoh di negara Thailand, berkembangnya industri perhambaan terutamanya kanak-kanak sehinggakan ada yang di bawah umur lapan tahun. Di Maldive pula, terdapat suatu kawasan yang dikhususkan untuk sesiapa sahaja untuk berbogel, terutamanya pelancong asing.

Justeru, berlakulah musibah yang telah ditentukan oleh Allah ke atas mereka pada waktu yang cukup relevan iaitu ketika kebanjiran pelancong asing ke negara-negara ini bagi menyambut hari Natal dan sambutan tahun baru. Mereka menzahirkan penentangan terhadap hukum-hukum Allah S.W.T dengan berpesta arak, judi, seks dan memperhambakan kanak-kanak.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Secara keseluruhannya, gempa bumi, puting beliung, gunung berapi clan sebagainya adalah merupakan tentera Allah S.W.T yang dijanakan untuk memberi balasan kepada mereka yang berdosa, ujian bagi yang beriman dan pengajaran buat yang terselamat. Jika manusia tidak mampu untuk mengambil pengajaran di atas, tiada gunanya apa yang berlaku sekalipun kita mampu untuk meramalkan perkara yang bakal berlaku. Saidina Ali KRW pernah berkata: Tidak diturunkan sesuatu azab melainkan telah barlakunya sesuatu dosa dan tidak akan diangkat azab tersebut melainkan dengan taubat.”

Islam tidak melarang umatnya untuk merekacipta sesuatu alat penggera bagi memberi peringatan awal untuk menyelarnatkan manusia daripada ditimpa sesuatu bencana, bahkan Allah Taala memuji sikap ingin tahu dan orang yang mempunyai ilmu serta akal yang cerdik. Firman Allah Taala yang berrnaksud, “sesungguhya orang yang takutkan Allah itu adalah terdiri mereka yang mengetahui.” Surah Fathir: 28.

Walaupun pelbagai usaha yang dilakukan bagi meramal sesuatu tragedi, namun hingga sékarang kita tidak menemui alat yang dapat mengelakkan daripada berlakunya tragedi tersebut atau ramalan yang dapat dibuat, sekalipun kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyelamatkan diri.

Pada zaman 70-an, ahli geologi China berjaya menemui alat meramal gempa bumi. Mereka cukup gembira dan berbangga dengan penemuan ini, lalu diadakan persidangan antarabangsa di Peking bagi memperkenalkan kepada dunia kejayaan penemuan mereka itu.

Dengan kehendak Allah Taala, berlakulah gempa bumi di saat persidangan itu berlangsung. Maka. gagallah persidangan tersebut dengan amat memalukan sekali.

Walaupun terdapat golongan yang tidak berdosa terlibat dalam tragedi termasuklah dan miskin bahkan merekalah antara golongan teramai daripad yang lainnya, namun di tunjang Islam adalah beriman kepada qada dan qadar. Individu muslimin tersebut perlu menerima dengan penuh redha di atas apa yang berlaku dan cuba menghitung diri serta memahami hikmah di sebalik peristiwa yang berlaku.

Kita dapati kebanyakan tragedi yang berlaku adalah di kawasan golongan fakir dan miskin, namun ini bukan bermakna mereka semua adaiahgolongan yang melakukan kemaksiatan tetapi ketahuilah bahawa pasti terdapat pengajaran daripada Allah buat mereka bagi meningkatkan darjat hamba-hambaNya dan mensucikan diri mereka. Sememangnya terdapat banyak hikmah yang tidak kita ketahui melainkan Allah kerana jika mampu kita ketahui, nescaya kita akan tersenyum di atas apa yang terjadi.

Di dalam Islam, perkara ghaib itu tebahagi kepada dua ghaib mutlak iaitu perkara yang tidak akan dapat diketahui oleh manusia walaupun mempunyai kecerdikan yang hebat. Kedua, ghaib muwaqqat iaitu perkara ghaib yang dapat disingkap melalui perkembangan teknologi semasa. Ramalan gempa bumi adalah merupakan di antara perkara ghaib muwaqqat, walaupun begitu, sehingga kini para geologi masih gagal meramal gempa bumi dengan tepat.

Tidak mustahil pada masa terdekat ini, penemuan demi penemuan dan teknik demi teknik serta kaedah
saintifik akan ditemui dalam usaha rneramal kejadian tersebut.

Bencana alam yang semakin menjadi-jadi adalah merupakan pengimplementasian kepada firman-firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w yang telah mernberikan khabaran tentang perkara tersebut yang rnerupakan di antara petanda Hari Kiamat.

Justeru kita sebagai para pendokong dakwah perlu mengambil faedah dan pengajaran di atas apa yang berlaku dengan memberi peringatan kepada mereka yang masih terleka, mengejutkan yang masih dibuai mimpi. mengingatkan yang masih lalai dan memberi ancaman bagi yang bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Banyak perkara yang dapat dijadikan iktibar, antaranya;

1. Sesungguhnya Allah tidak meredhai kefasadan yang berlaku. ‘

2. Orang Islam yang melakukan maksiat lebih dimurkai Allah daripada orang kafir yang melakukannya.

3. Orang yang tidak dapat mengambil iktibar daripada tragedi sebegini adalah orang yang memang tidak  mampu mengambil pengajaran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.