PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah S.W.T yang telah memberi kekuatan kepada umat Islam untuk mendokong agamaNya di muka bumi ini walaupun berbagai cabaran terpaksa ditempuhi. Biarkan perajurit-perajurit kita berjuang menjaga keamanan negara dari pihak musuh, kita disini terpaksa memikul tanggungjawab berjuang menegakkan agama Islam dengan ilmu yang dipelajari.
Jangan pula kita tergolong di dalam golongan manusia yar.g lalai dengan lubuk-lubuk ilmu yang kemudiannya akan tersesat serta menyesatkan. Seperti mana yang telah disebut oleh baginda rasul dalam hadithnya:
Maksudnya: “Sesungguhnga Allah tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu itu secara terus dari dado manusia, akan tetapi dengan mencabut (mematikan) ulama’ sehingga lenyap para ulama’ kemudian manusia akan memilih pemimpin yangjahil seterusnya menentukan (menghukum) sesuatu perkara tanpa ilmu yang akan menyesatkan dirinya serta orang lain.”
Jika menyebut tentang pembedahan yang dilakukan ke atas mayat manusia, pastinya wujud di sana alasan yang pelbagai dari pihak yang telibat. Walaupun ia telah dilakukan sejak sekian lama, kita pastinya tidak rela tergolong dalam golongan mereka-mereka yang hanya mengharuskan perkara tertentu tanpa mengkajinya terlebih dahulu dari kaca mata Islam.
Persoalan yang boleh dibuat di sini, apakah hukum pembedahan yang dilakukan ke atas tubuh manusia yang telah mati? Jika dikatakan harus, pastinya ia memiliki syarat-syarat tertentu danjika tidak, apakah dalilnya.
Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a:
Maksudnya; “Janganlah kamu mendedahkan paha (aurat) kamu, dan janganlah kamu melihat paha (aurat) saudara kamu yang masih hidup atau pun yang telah mati.”
Berpandukan hadith tersebut,jelas haram bagi seseorang yang beragama Islam melihat aurat manusia lain sama ada yang masih hidup ataupun selepas kematiannya. Akan tetapi para ulama’ mengharuskannya jika terpaksa (dadurat) seperti ketika menerima rawatan atau menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan kotoran dari tubuh mayat ketika memandikannya.
PERBAHASAN PERTAMA (PENGENALAN)
Sebelum perbincangan ini dilanjutkan, perlulah dikelahui terlebih dahulu pentakrifan pembedahan eksperamen:
“Memisahkan anggota bodan tertentu dari tubuh mayat sebelum merungkai satu persatu unsur yang membina organ, tisu atau sel tertentu untuk tujuan kajian.”
Kembali kepada perbincangan kita, nyata pembedahan ke atas mayat bukan sekadar melihat, akan tetaps lebih darnpada itu yang nyata bercanggah dengan apa yang ditegah oleh Baginda S.A.W dalam hadith tersebut. Adakah pembedahan yang dilakukan atas mayat termasuk dalam perkara yang dibolehkan oleh syara’ seperti yang termaktub dalam ayat di bawah:
Maksudnya: Maka barang sesdapa yang terpaksa melakukan sesuatu perkara gang diharamkan oleh sara’ sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas maka tidaklah in berdosa.
PERBAHASAN KEDUA (PENDAPAT ULAMA’)
Terdapat ernpat sebab utama yang menyebab pembedahan ini dilaksanakan:
a. Menjadikan mayat sebagai bahan eksperimen untuk kajian dan pembelajaran.
b. Mengenalpasti sesuatu penyakit yang menyebabkan kematian individu tertentu seterusnya mencari vaksin atau kaedah rawatan terbaik apabila ia berlaku ke atas orang lain.
c. Pemeriksaan dan pembedahan ke atas mayat untuk menentukan sebab kematiannya (post-mortem) – Kamus Dewan cetakan 1989.
d. Mengambil bahagian tertentu dari tubUh seseorang selepas kematiannya untuk kegunaan kurang hidup yang memerlukannya.
Ulama’ berbeza pendapat tentang hukum pembedahan mayat dengan tujuan-tujuan yang disebutkan tadi kepada dua kumpulan:
PENDAPAT PERTAMA: Halus melakukan pembedahan he atas mayat dengan tujuan tersebut jika terdesak dan berhajat kepada tindakan tersebut dengan syarat mendapat keizinan daripada individu tertentu sebelum kematiannya atau keizinan
daripada pihak keluarganya selepas kematiannya. Antara yang bersependapat: Sheikh Abdul Majid Salim, bekas Mufti Kerajaan Mesir, Lajnah Fatwa Jordan dan Lajnah Fatwa Al-Azhar.
PENDAPAT KEDUA: Pembedahan yan dilakukan ke atas orang telah mati adalah haram di sisi syara’. Antara yang bersependapat: Syeikh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi dan Syeikh Muhamad Burhan.
Antara hujjah dan dalil PENDAPAT PERTAMA:
1. Kaedah feqah:
Maksudnya: Apabila bertembung dua kerosakan atau kemudhuratan (tiada pilihan selain dari dua perkara tersebut), elakkan diri daripada melakukan kerosakan yang lebih besar dari keduanya dengan melakukan kerosakan yang lebih ringan dari keduanya.
Kesesuaian kaedah ini sebagai hujah:
a. Pembedahan ke atas mayat-mayat perkara ini akan merosakkan sedikit sebanyak tubuh mayat tersebut yang asalnya sempurna dan tentunya menyakiti ahli keluarganya.
b. Tidak melakukan pembedahan tersebut kerosakan yang bakal dihadapi adalah lebih besar:
1. Pelajar jurusan perubatan khususnya tidak dapat menkaji dengan lebih terperinci struktur tubuh badan manusia yang jelas tiada benda hidup lain yang dapat dijadikan pengganti dalam eksperimen tersebut. Perkara ini akan merencatkan sedikit sebanyak usaha untuk melahirkan pakar-pakar perubatan Islam yang pernah digapai suatu ketika dulu.
2. Mahkamah tidak dapat menjatuhkan hukuman dengan bukti yang kukuh kes-kes pembunuhan kerana ia berkehendak kepada pemeriksaan yang teliti ke mangsa tersebut (post-mortem). Ini tentunya akan menjejaskan institusi kehakiman untuk menegakkan perkara yang perkara yang dituntut dalam Islam.
3. Kemaslahatan dan kepentingan orang hidup yang memerlukan anggota tertentu seperti mata, jantung, hati juga sangat dituntut untuk meneruskan kehidupan jika tiada jalan penyelesaian lain. Seseorang tentulah memiliki tanggungjawab tersendiri kepada agama, diri, keluarga dan masyarakat yang nyata akan membawa kepada faedah yang lebih besar.
4. Selian itu, dalam mencari sesuatu vaksin atau penawar untuk penyembuhkan sesuatu penyakit juga berkehendak kepada pembedahan eksperimen terlebih dahulu untuk kajian terperinci penyakit tersebut.
2. Kaedah feqah:
Maksudnya: Jika terdapat sesuutu perkara yang tidak tertunai sesuatu kewajipan kecuali dengannga maka ianya turut menjadi wajib.
Sebilangan besar ulama’ berpendabat bahawa hukum menuntut ilmu dalam jurusan perubatan adalah wajib (fardhu kifayah). Ini kerana ilmu tersebut hendaklah dikuasai oleh penganut agama Islam umuk menjaga maslahah ummat.
طلب العلم فريضة على كل مسلم
اخرجه البيهقى
Ini kerana, dengan mempelajari ilmu perubatan akan membantu manusia mengetahui fungsi setiap anggota badan manusia, hubungan di antara anggota badan, kehendak tubuh badan manusua dan punca atau sebab sesuatu penyakit untuk mencari ubat untuk merawatnya.
Ini bertepatan dengan hadith Rasul s.a.w. Daripada Abu Hurairah R.A daripada Nabi s.a.w:
ما أنزل الله داء إلا وأنزل له شفاء
روه البخاري
3. Kaedah feqah:
Maksudnya: Apabila berkumpul kemaslahatan dan kerosakan pada suatu perkara dan tidak mungkin untuk mencapai kemaslahatan tersebut dan menghalang kerosakan tersebut daripada daripada berlaku dan kemaslahatan tersebut lebih besar faedahnya berbanding kerosakan maka kemaslahatan
diutamakan.
Di dalam hukum yang diperbincangkan ini, jelas bahawa maslahah umum kepada penduduk dunia lebih besar faedahnya berbanding keburukan dan kerosakan yang hanya akan berlaku kepada mayat tersebut sahaja seperti yang telah dijelaskan dalam dalil yang pertama.
4. Logik akal:
Jumhur ulama’ berpendapat bahawa dibolehkan membedah wanita yang hamil jika terdapat tanda-tanda janin yang berada di dalam perut wanita tersebut masih hidup untuk menyelamatkannya. Syeikh Ibrahim al-Baijuri telah menjelaskan: “Tidak boleh mengembumikan mayat wanita hamil jika terdapat tanda-tanda bagi dalam perutnya masih hidup kecuali setelah mengeluarkannya daripada tubuh wanita tersebut”.
Jadi, haruslah pembedahan diiakukan ke atas mayat untuk tujuan untuk mengenalpasti penyakit dan seterusnya mencipta penawar yang sesuai yang akan menyelamatkan sejumlah besar manusia daripada menjadi korban kepada sesuatu penyakit.
5. Logik akal:
Sebahagian ulama membolehkan pembedahan ke atas mayat dilakukan jika terdapat di dalam perut mayat tersebut barang berharga milik orang lain yang ditelan ketika hayatnya untuk dikembalikan kepada pemiliknya. Sedangkah barang berharga pun diharuskan, inikan pula jika ia bertujuan untuk menguasai sesuatu bidang ilmu atau mencari penawar sesuatu penyakit untuk menyelamatkan nyawa manusia yang jelas lebih bermlai dan berharga.
Antara hujjah dan dalil PENDAPAT KEDUA:
1. Ayat al-Qur’an:
Maksudnya: Dan sesungguhnga telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut di daratan dan di lautan (dipermudahkan urusan pengangkutan manusia untuk peloleh kehidupan). Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan.
Allah telah memuliakan manusia melebihi ciptaanNya yang lain secara mutlak iaitu hidup atau mati. Jelas pembedahan ke atas mayat tentunya akan merosakkan mayat tersebut. Ini kerana pembedahan tersebut bukanlah dijalankan seperti pembedahan ke atas pesakit, tetapi ianya lebih terperinci dan melibatkan sebahagian besar anggota badan mayat tersebut yang tentunya bercanggah dengan kemuliaan dan kelebihan yang telah dntentukan oleh Allah kepada manusia.
2. Hadith Nabi:
Maksudnya: Memecahkan atau mematahkan tulang orang yang telah mati sama dosanya seperti memecahkan atau mematahkan tulang orang gang masih hidup.
Di dalam hadis tersebut Baginda Rasul telah menyamakan orang yang mematahkan atau memecahkan tulang orang yang telah mati dengan orang masih hidup.
Sebagaimana yang diketahui, jika perkara tersebut dilakukan ke atas orang yang masih hidup,jelas haram di sisi syara’. Tambahan pula sesetengah ulama berpendapat berdasarkan hadis tersebut, haram merosakkan jasad orang yang telah mati secara mutlak (termasuk tulang, kulit, daging dan sebagainya).
3. Kaedah Feqah:
Maksudnya: Kerosakan atau kemudaratan tidak dapat dihapuskan dengan kemudaratan atau kerosakan yang lain.
Jelas pembedahan yang sedang kita bincangkan ini akan menyebabkan kerosakan ke atas mayat tersebut dan melahirkan rasa tidak senang hati dikalangan ahli keluarga yang tentunya iidak dapat menghapuskan kemudharatan yang lain seperti mencari penawar kepada seperti mencari penawar kepada sesuatu penyakit berdasarkan kepada kaedah feqah tersebut.
PERBAHASAN KETIGA (PENTARJIHAN) .
Kita telah sampai ditahap dapat menilai dan melihat hujjah kedua-dua belah pihak dari sumber-sumber yang menjadi tunjang, dalam menetapkan sesuatu hukum.
Suka dinyatakan disini bukanlah kita berhak menentukan yang mana betul dan salah. Ini kerana masalah ini termasuk dalam semasa dan masing-masing memiliki dalil yang kukuh.
Prof. Abdul Fattah Mahmud ldris (Pensyarah Feqh Muqarran Universiti Al- Azhar, Universiti Terbuka
amerika dan Universiti Emiriah Arab Bersatu) turut tidak membuat pentarjihan dalam perbincangan yang sama.
Akan tetapi beliau menegaskan, jika kita memilih untuk mengatakan bahawa pembedahan keatas mayat adalah boleh, maka perlulah dipenuhi tuntutan tertentu yang akan memenuhl kehendak semua pihak.
Syarat-syaratnya adalah:
1. Terlalu berkehendak dan berhajat kepada pembedahan tersebut (tiada cara selain daipada itu) dan kemaslahatan mestilah lebih besar berbanding kerosakan yang bakal berlaku ke atas mayat tersebut serta menghormatinya sebagai makhluk yang dimuliakan Allah SWT.
2. Tidak mengambil sebarang bayaran sebagai galang ganti kepada mayat tersebut sama ada sebelum kernatian atau pun selepas kematiannya kerana jasad manusia telah dirnuliakan dan diharamkanjual beli ke atasnya.
3. Yakin bahawa dia telah mati dengan mendapat pengesahan paramedik.
4. Mendapat izin daripada tuan punya badan sebelum kematiannya atau keizinan keluarganya selepas kematiannya. Adapun dalam kes jenayah pembunuhan, pihak mahkamah lebih berhak memberi keizinan.
5. Tidak menjadikan pembedahan tersebut sia-sia dengan rnemastikan tujuannya tercapai serta tidak membuat perkara yang tidak diperlukan.
6. Mengutamakanjasad orang kafir yang telah mati untuk tujuan selain kes jenayah.
7. Terjamin keselamatan orang yang terlibat dalam pembedahan tersebut daripada dijangkiti penyakit yang dialami oleh si mati.
8. Pakar bedah yang terlibat mestilah kaum sejenis (jantina) dengan si man kecuali untuk tujuan
pembelajaran atau tiada pakar lain yang layak.
PENUTUP
Perbincangan yang terlalu ringkas ini hanyalah untuk membuka minda umat Islam tentang perbincangan yang berlaku di kalangan ulama’ sambil meneliti hujjah kedua-dua pihak.
Ini kerana status kita bukanlah seperti orang awam, percaya atau tidak kitalah yang bakal mengambil tempat mereka dan membincangkan seribu satu hukum yang bakal timbul selari dengan arus kemajuan.
Untuk umum, dalil-dalil yang telah dibentangkan hanyalaii sebahagian kecil sahaja yang sempat dikumpulkan daripada puluhan dalil yang ada.
Berkata Imam Malik kepada Imam As-Shafie: “Allah S.W.T telah mencampakkan ke dalam hatimu dengan cahaya maka janganlah kamu padamkan cahaya itu dengan maksiat”