Kolam air panas ‘Morning Glory’ yang terletak di Teton County, Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat sememangnya di kenali ramai.
Namun, disebabkan ramai pengunjung baling syilingke dalam kolam tersebut untuk berhajat, akibatnya air kolam tersebut bertukar dari warna Sapphire menjadi hijau kuning.
Selain baling duit syiling, sebahagian lagi pengunjungyang tidak beretika dikatakan bukan sahaja akan membaling batu, malah ada yang buang sampah ke kolam terbabit.
Kolam air panas ‘Morning Glory’ mula berubah warna sejak abad yang lalu iaitu pada tahun 50an, kadar suhu air semakin hari menurun menyebabkan pembiakan bakteria dalam air, akibatnya kolam air berubah warna menjadi hijau kuning.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Biarpun kolam tersebut telah hilang wahjah asalnya yang asli, tetapi para pakar mengatakan kolam tersebut masih mempunyai nilai perhiasan yang tersendiri untuk disaksi oleh pengunjung dari merata dunia.
Gambar yang diambil baru-baru ini, kelihatan berwarna hijau kuning akibat dicemari oleh pengunjung.
Gambar tang diambil pada tahun 1966, ketika itu air kolam masih kelihatan berwarna Sapphire.
Gambar diambil pada tahun 1940, ketika itu sudah merupakan tarikan pelancongan yang utama.