Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
Sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Ash‘ari r.a., maksudnya: “Sesungguhnya Allah membuka ‘tanganNya’ pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu siang dan membuka tanganNya’ pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam. Keadaan ini (penerimaan taubat) berterusan sehinggalah matahari terbit dari barat (kiamat) (Riwayat Muslim)
Alhamdulillah, segala pujian kita panjatkan kepada Allah atas nikmatNya yang tidak terhitung. Selawat serta salam buat sebaik-baik ikutan, Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita maka terpilihlah pula kita sebagai sebaik-baik umat.
Mutiara Tasawuf kali ini akan membahaskan tajuk berkaitan taubat. Apa pengertiannya? Dan bagaimana pula cara-cara apabila terdetik di hati untuk melangkah ke pintu gerbang taubat?
Definisi Taubat
Taubat menurut bahasa ialah kembali. Manakala menurut syarak pula ialah kembali daripada sesuatu yang ditegah oleh Allah s.w.t. kepada sesuatu yang terpuji di sisi Allah s.w.t. Pendapat lni turut dinyatakan oleh Sheikh Abdul Qadir Isa dalam karyanya Haqaiq al-Tasawuf. Berikut lalah takrif taubat menurutperbahasan dan pandangan para ulama sufi yang telah melalui perjalanan makrifat mereka menuju Allah s.w.t. [lihat jadual]:
Taubat Seorang Menteri
Imam al-Qushairi berkata: “Aku mendengar Abu ‘Amr al-Anmati menceritakan bahawa satu ketika seorang menteri yang bernama Ali bin Isa sedang menunggang kuda kebesarannya dengan memakai pakaian hebat dalam suatu perarakan yang dihadiri ‘ramai rakyat. Ia telah menimbulkan kekaguman di mata manusia yang melihatnya.
“Orang ramai di situ berbisik sesama mereka dengan bertanya: ‘Siapakah pembesar yang begitu hebat ini?’ Tuba-tiba, seorang wanita menjawab dan didengari oleh Ali bin Isa. Kata wanita itu: ‘Jika kamu bertanya siapakah lelaki hebat ini, ketahuilah bahawa dialah seorang hamba Allah yang sedang jatuh daripada pandangan Allah dan Dia sedang mengujinya dengan sesuatu yang tidak kekal ini!’
“Rupa-rupanya perkataan wanita tersebut telah memberi kesan ke dalam jiwa Ali bin Isa, lalu dia pulang dan bertaubat kepada Allah.
