php hit counter

Jemaah Haji Asia Tenggara Diberi Gelang Tangan Kod Bar

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Jemaah Haji Asia Tenggara 2

MAKKAH, Jumaat – Jemaah haji Asia Tenggara termasuk Singapura dan Malaysia akan dibekalkan gelang tangan dengan kod bar bagi memudahkan pengecaman identiti.

Pemberian gelang tangan itu adalah langkah keselamatan jika berlaku kecemasan atau insiden yang tidak dijangka.

Menurut Pengelola Haji Bagi Jemaah Asia Tenggara atau muassasah, ia sebagai langkah keselamatan jika berlaku kecemasan atau insiden yang tidak dijangka.

Ketuanya Sheikh Amin Indagiri, berkata selain gelang berkenaan, jumlah kamera litar tertutup (CCTV) akan ditambah dan dipertingkat di seluruh kawasan tumpuan jemaah haji Asia Tenggara.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Pihak muassasah juga menyediakan 15 kenderaan bagi memudahkan petugasnya membantu jemaah haji yang tersasar atau sesat, dengan tambahan 2 ambulans.

Penambahbaikan itu dilakukan hasil perbincangan dengan Tabung Haji dan pengalaman muassasah mengendalikan jemaah haji pada musim 2015.

Mengenai perjalanan jemaah haji, pihak muassasah akan memastikan jadual perjalanan jemaah haji di Arafah, Mudzalifah dan Mina terkawal.

Ia bagi menjamin tiada jemaah terlewat bila bergerak dari Mudzalifah ke Mina.
Sheikh Amin turut melahirkan rasa kagum dengan jemaah haji Malaysia yang disifatkannya jemaah terbaik kerana dilengkapkan dengan pengetahuan ibadah haji oleh Tabung Haji.

Atas faktor itu, pihak muassasah berharap Tabung Haji boleh menjadi contoh kepada negara lain dalam memastikan jemaah masing-masing memahami perjalanan ibadah haji secara menyeluruh.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.