Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Sultan Brunei, Duli Yang Maha Mulia Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, menitahkah rakyatnya untuk bekerja selama 6 jam sahaja setiap hari.
Waktu bekerja bagi kakitangan awam di Brunei sepanjang Ramadhan tahun ini diselaraskan kepada 6 jam sahaja sehari bagi hari biasa dan cuma tiga jam setengah pada Jumaat.
Ini bermakna, sekiranya waklu bekerja bermula pukul 8.00 pagi maka pada pukul 2.00 petang penjawat awam sudah boleh pulang ke rumah.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Menurut portal FMT, jadual waktu baru itu dikeluarkan menerusi Surat Pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri Brunei, Yahya Idris pada Isnin.
Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah telah memberi perkenan terhadap pelaksanaan tersebut.
Menurut Pekeliling itu, pada Isnin sehingga Khamis, waktu bekerja bagi kakitangan awam ditetapkan jam 8 pagi dan pulang pada jam 2 petang.
Manakala pada Jumaat, operasi di pejabat awam bermula dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.
Sementara itu, bagi pekerja-pekerja yang bergaji hari pula masa bekerja hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu-waktu bekerja biasa dan penentuan memulakan kerja terserah kepada budi bicara kementerian dan jabatan masing- masing, kata Pekeliling itu.