Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Tawbah ayat 119, maksudnya: ”Wahai orang beriman,bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang benar.”
Abu Sulaiman berkata: “Jadikan kejujuran sebagai kenderaanmu, kebenaran sebagai pedangmu, dan Allah sebagai tujuanmu.”
Jangan Sembunyikan
Nikmat Tuhanmu
Pada suatu hari, al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi menyampaikan khutbah terlalun lama hingga menyebabkan seorang daripada orang yang hadir berkata: “Marilah kita menunaikan solat. Sungguh, waktu tidak menunggumu dan Tuhan tidak
memberikan keuzuran kepadamu!”
Menyaksikan keberaniannya yang luar biasa itu, al-Hajjaj memerintahkan agar orang tersebut ditangkap. Tidak lama kemudian, keluarga Ielaki tersebut datang. Mereka merayu kepada al-Hajjaj agar melepaskan orang tersebut kerana dia berpenyakit gila. Al-Hajjaj berkata: “Jika dia benar-benar gila, aku akan lepaskannya dari penjara.”
Tetapi yang menghairankan, lelaki itu berkata: “Tidak patut bagiku apabila aku menyembunyikan nikmat Allah yang telah dikurniakan kepadaku iaitu nikmat kewarasan berfikir dan bertindak. Dia mengaku dan berterus terang bahawa dia bukan orang gila “Alhamdulillah, Allah telah menjauhkan diriku daripada sifat gila.” Al- Hajjaj berasa kagum dengan kejujuran lelaki ‘ itu lalu membebaskannya tanpa mengenakan sebarang tindakan terhadapnya. Begitulah, kejujuran seseorang menjadi penyelamat dirinya daripada dipenjarakan dan penganiayaan.
Alam Murka dengan
Kematian Orang Beriman
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah mengirim pasukan perang dan melantik ‘Asim bin Thabit sebagai panglima. Beliau ialah bapa saudara kepada Umar bin al-Khattab. Apabila sampai di sebuah daerah antara ‘Asfan dengan Makkah, mereka diberitahu bahawa sekumpulan musuh yang berjumlah sekitar 100 orang dari bani Lihyan dengan bersenjatakan panah sedang menjejaki mereka.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Bani Lihyan terus menjejaki ‘Asim bin Thabit dan pasukannya hingga mereka melalui sebuah lembah. Di sana mereka menemui biji kurma dari Madinah. Mereka berkata: “Ini biji kurma Madinah. Hambat mereka sampai dapat!” Ketika ‘Asim bin Thabit berserta pasukan bersembunyi di sebuah bukit, bani Lihyan menemui mereka dan mengepung tempat itu.
Pemimpin bani Lihyan berkata: “Kami berjanji jika kalian turun dari bukit itu, maka kami tidak akan membunuh sesiapa pun? ‘Asim bin Thabit berkata: “Kami tidak akan mematuhi perdamaian dengan orang kafir.” Kemudian ‘Asim bin Thabit berdoa “Ya Allah, khabarkan keadaan kami ini kepada Nabimu.”
Akhirnya, bani Lihyan menyerang ‘Asim bin Thabit dan tujuh orang tentera Muslim dengan anak panah sehingga mereka mati syahid. Mereka membawa jasad ‘Asim bin Thabit untuk dipersembahkan kepada kaum mereka sebagai membalas dendam kerana beliau ialah pembunuh salah seorang pembesar orang kafir dalam perang Badar.
Allah mengutuskan pertolongan kepada ‘Asim bin Thabit dalam bentuk sekumpulan lebah untuk melindungi jasadnya. Orang kafir tidak mampu melakukan apa-apa pun terhadap jasad ‘Asim bin Thabit.
Ibn Ishaq menyatakan: “Dahulu ‘Asim bin Thabit memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar kaum Musyrikin tidak dapat menyentuh tubuhnya untuk selama-lamanya.” Ketika Umar mendengar berita kematian ‘Asim bin Thabit, Umar
berkata: “Allah akan melindungi kaum Mukminin setelah kematiannya sebagaimana Allah melindungi mereka di dunia.” .
Ibn al-Jawzi berkata: “‘Asim bin Thabit bin Abi al-Aflah termasuk dalam golongan orang yang baik, sesuai dengan namanya, ‘Asim yang bererti dijaga, maka Allah menjaga dirinya daripada kezaliman orang kafir. Manakala Thabit bererti tetap atau teguh, maka Allah meneguhkan imannya kepada Islam. Al-Aflah bererti bahagia, maka Allah membahagiakan dirinya dengan mati syahid.”
Beliau telah menjaga agama Allah, maka Allah pun menjaga dirinya. Kerana kejujuran beliau terhadap Allah s.w.t. dan Rasulnya, semua makhluk murka pada hari kematiannya.
Sekumpulan lebah datang pada waktu siang untuk melindungi jasadnya. Hujan lebat turun pada waktu malam untuk menyelamatkan jasadnya daripada diapa-apakan. Tidak ada satu orang Musyrik pun yang mampu menyentuh rambutnya. ‘Asim bin Thabit telah menguburkan impian musuh-musuhnya.