php hit counter

Solat Dua Hari Raya

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Solat Dua Hari Raya

Assalamualaikum, Kali ni Kertas Paper ingin share tentang solat hari raya . Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri , Hari Raya Aidiladha dan Niat Sembahyang Raya. Jika salah, harap diperbetulkan ya? Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya AidilFitri atau Hari Raya Adha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.

Sebelum menunaikan solat hari raya kita disunatkan mandi Hari Raya:

NIAT MANDI SUNAT HARI RAYA

Lafaz Niatnya:

نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى

NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI SUNNATALLILAHI TAA’LA
“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”.

*jika raya aidiladha,tukar Fitri kepada adha*

Antara sunat-sunat hari raya Aidilfitri adalah seperti berikut :

– Mandi Sunat Hari Raya
– Pakai pakaian yang terbaik
– Makan sedikit sebelum keluar ke masjid
– Menunaikan solat sunat Aidilfitri
– Mendengar khutbah raya
– Pergi balik masjid melalui jalan berbeza
– Mengucapkan ucapan hari raya

Sunat Hari Raya Adiladha seperti berikut kecuali :

Tidak disunatkan makan sebelum pergi solat hari raya Aidil Adha

(berbeza dengan solat sunat Aidil Fitri  sunat makan terlebih dahulu)

HUKUM MENGERJAKAN / MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA

Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

WAKTU SOLAT HARI RAYA

Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.

NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ  رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.

NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILADHA

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي

Usalli sunnatan Aidil Adha rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.

* Dilakukan sebanyak dua rakaat pada Hari Raya Aidil Fitri, atau Hari Raya AidilAdha dengan cara berjemaah.

Cara Solat Sunat Hari Raya/ Panduan Sembahyang Raya

Doa Iftitah dalam bacaan rumi.

(Doa iftitah akan dibaca dulu, kemudian dikuti takbir 7 kali dan al-fatihah )

ALLAHU AKBARU KABIRAW-WALHAMDU LILLAHI KATHIRAW-WASUBHANALLAHI BUKRATAW-WA-ASILA. WAJJAHTU WAJHIA LILLAZI FATARAS SAMA-WATI WAL-ARDHA HANIFAM-MUSLIMAW-WAMA ANA MINAL-MUSYRIKIN. INNA SALATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHI RABBIL-‘ALAMIN. LA SYARIKALAHU WABIZA-LIKA UMIRTU WA ANA MINAL MUSLIMIN.

Ertinya :

ALLAH maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya. Dan maha suci ALLAH siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada ALLAH seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-NYA. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam

Rakaat pertama :

Doa ifititah dulu . Lepas itu – Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر]  dan  Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

Rakaat kedua :

Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.

Selepas dari solat diadakan khutbah.

Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR

Takbir Raya dalam Rumi

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd , Allahu Akbaru Kabeera wal-Hamdulilahi katheera wa Subhan allahi bukratan wa aseila . La illaha il Allah sadaqa wa’dah ,wa nasara abda, wa a’azza jundahu wa hazamal-ahzaaba wahdah ,La illaha il Allah ,wa laa na’budu illa iyyah,mukhlessena lahud-deena ,walaw karehal-Kafeeroon.Allahumma salli ala sayyedna Muhammad ,wa ala aalie sayyedna Muhammad, wa ala as-haabie sayyedna Muhammad ,wa ala ansari sayyedna Muhammad , wa ala azwajie sayyedna Muhammad, wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad, wa sallim tasleeman katheera.

TERJEMAHAN PENUH :

اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah is Great, Allah is Great

اللّهُ أكبر
Allahu Akbar
Allah is Great

لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah
there is no God, but Allah

اللّهُ أكبر اللّهُ اكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah is Great, Allah is Great

و لِلّه الحمدَ
walilahil Hamd
to Him belongs all Praise

اللّهُ أكبرُ كَبيِرَا
Allahu Akbaru Kabeera
Allah is the Greatest

وَالحَمدُ لِلّهِ كَثِيرا
wal-Hamdulilahi katheera
And all Praise is due to Him

وَ سُبحَان اللّهِ
wa Subhan allahi
And Glory to Allah

بُكرَةً وَأصْيِلا
bukratan wa aseila
eventide and in the morning

لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah
there is no God, but Allah the Unique

صَدَقَ وَعدَه
sadaqa wa’dah
He has fulfilled His Promise

وَنَصَرَ عبده
wa nasara abda
and made Victorious His servant

وأعزَ جُنَده
wa a’azza jundahu
and made Mighty His soldiers

وَهزم الأحْزَابَ وحْدَه
wa hazamal-ahzaaba wahdah
and defeated the confederates

لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah
there is no God, But Allah

وَلا نَعبُد الا أياه
wa laa na’budu illa iyyah
He alone we worship

مُخلِصِّينَ لَهُ الدّيِنَ
mukhlessena lahud-deena
with sincere and exclusive devotion

وَلوْ كَرِهَ الكَافِروُن
walaw karehal-Kafeeroon
even though the idolaters hate it

اللّهمَ صَلِّ على سيْدنَا مُحَمد
Allahumma salli ala sayyedna Muhammad
O Allah, have Mercy on our Prophet Muhammad

وَعَلى آلِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala aalie sayyedna Muhammad
and on the family of our Prophet Muhammad

وَعَلى اصْحَابِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala as-haabie sayyedna Muhammad
and on the companions of our Prophet Muhammad

وَعَلى أنصَارِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala ansari sayyedna Muhammad
and on the helpers of our Prophet Muhammad

وَعَلى أزوَاجِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala azwajie sayyedna Muhammad
and on the wives of our Prophet Muhammad

وَعَلى ذُرِّيَةِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad
and on the progeny of our Prophet Muhammad

وَ سَلّم تَسْلِيماَ كَثّيرا
wa sallim tasleeman katheera
and Bestow upon them much peace.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً

وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ

َأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

Berhati-hati tau untuk semua yang mahu pergi pulang ke kampung, sembahyang raya, berjalan , bermaafan mahupun baraan. Selamat hari raya semua daripada Kertas Paper, maaf zahir dan batin, selamat hari raya haji juga jika anda membaca artikel ini pada waktunya.

Rujukan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.