php hit counter

Camera Phone Terbaik

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Camera Phone Terbaik 2011 

Keupayaan sebuah smartphone itu bukan saja diukur pada processor, grafik, kelajuan memproses data, fungsi dan penggunaan teknologi yang hebat. Ia juga diukur dengan kehabatan dalam pengambaran. Kebanyakkan smartphone mempunyai kualiti kamera yang baik. Kualiti hasil gambar yang diambil bukan bergantung sepenuhnya pada megapixel saja. Tetapi sebuah Camera phone yang terbaik bergantung kepada semua aspek, termasuk megapixel, sistem anti-gegaran, autofokus, lampu flash, sensor, kanta optik dan juga beberapa fungsi lain seperti face detection, scene modes, rakaman HD dan sebagainya. Ciri-ciri seperti ini wajib kita ketahui sebelum membeli sebuah Camera phone. Di sini, kami senaraikan lima camera phone terbaik pada tahun 2011. Ia meliputi hampir semua aspek bagi sesebuah camera phone.

iPhone 4S

iPhone 4S baru saja dilancarkan pada tahun lepas. Dari segi kameranya, iPhone 4S banyak di naik taraf dari model sebelumnya iPhone 4 antaranya seperti penambahan satu lagi lens optik menjadikan 5 lens optik yang terdapat pada iPhone 4S. Penambahan lens ini penting dari segi keupayaan untuk menarik lebih banyak cahaya dan menjadikan gambar yang di ambil lebih cantik. Selain itu juga, iPhone 4S menggunakan 8 Megapixel kamera berbanding model sebelumnya yang menggunakan 5 Megapixel kamera. Untuk pengalaman pengambaran yang lebih bermakna, iPhone 4S juga dilengkapi dengan HDR atau High Dynamic Range yang dapat memberikan suasana yang lebih detail pada gambar tersebut. Untuk melihat hasi gambar dari iPhone 4S anda boleh klik sini.

 

 

Nokia N8

Nokia N8 telah lama di lancarkan pada tahun 2010. Namun, ia tetap menjadi cameraphone yang terbaik dari Nokia sehingga hari ini. Dengan menggunakan kamera 12 Megapixel yang dilengkapi dengan kanta optik Carl Zeiss meletakkan Nokia N8 setaraf dengan kamera-kamera digital yang ada di pasaran sekarang ini. Selain itu juga Nokia N8 dilengkapi dengan ND Filter ataupon Neutral Density (ND) Filter yang bertujuan untuk mengawal kemasukan cahaya. Ia banyak digunakan semasa mengambil pemandangan seperti di air terjun yang akan membuatkan effect air terjun yang sangat cantik dengan menggunakan ND Filter. Untuk melihat hasil gambar dari Nokia N8 anda boleh klik sini.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

 

 

 

Samsung I9100 Galaxy S II

Samsung I9100 Galaxy S IISamsung merupakan salah satu pengeluar smartphone yang banyak mengeluarkan model-model baru di pasaran. Namun pada tahun 2011, Samsung tidak terlalu memfokuskan kepada kamera pada telefon bimbitnya tetapi Samsung lebih mementingkan dari segi penggunaan teknologi baru dan keupayaan pada telefon bimbitnya. Namun begitu, Samsung tidak mengabaikan keupayaan kamera pada telefon bimbitnya. Ini dapatr di lihat dengan kebanyakan smartphone keluaran Samsung menggunakan 8 Megapixel kamera. Sebagai contoh Samsung I9100 Galaxy S II yang antara model Samsung yang popular pada tahun 2011. Namun Samsung I9100 Galaxy S II tidak memiliki fungsi-fungsi istimewa seperti HDR mahupon ND Filter tetapi memiliki fungsi-fungsi asas sebagai sebuah cameraphone yang terbaik seperti autofokus, Geo-tagging, touch focus, face and smile detection, image stabilization dan juga rakaman video 1080HD. Untuk melihat hasil gambar dari Nokia N8 anda boleh klik sini.

 

Sony Ericsson Xperia Ray

Baru-baru ini Sony Ericsson telah umumkan XPERIA S dengan 12 megapixel kamera di CES 2012 yang mungkin akan menjadi Cameraphone terbaik dari Sony Ericsson (Kini menggunakan jenama Sony). Namun model itu masih belum dilancarkan dan ia dijangka akan dipasarkan pada bulan March ini. Pada tahun 2009 pula Sony Ericsson popular dengan cameraphone yang turut memiliki 12 Megapixel iaitu Sony Ericsson Satio. Namun pada tahun 2010 dan 2011 Sony Ericsson tidak keluarkan cameraphone dengan 12 Megapixel dan hanya keluarkan banyak model-model yang menggunakan 8 Megapixel dan 5 Megapixel. Antara model yang terbaik dari Sony Ericsson ialah Sony Ericsson Xperia Ray yang boleh di dapati di pasaran dengan harga yang berpatutan. Sony Ericsson Xperia Ray juga seperti I9100 Galaxy S II yang memiliki fungsi-fungsi yang hampir sama dengannya.

 

HTC Sensation XL

Tidak lupa juga model keluaran HTC yang juga merupakan cameraphone terbaik dengan memiliki juga 8 Megapixel. Selain ciri-ciri seperti Autofokus, Geo-tagging, face detection, touch-fokus, HTC Sensation XL juga memiliki fungsi HDR yang sama dengan iPhone 4S. Ia juga dilengkapi dengan Dual-LED Flash untuk mendapat pencahayaan yang lebih terutamanya pada waktu malam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.