php hit counter

Biografi Ringkas Ustaz Azhar Idrus

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Ustaz Azhar Idrus dilahirkan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu pada 12 Februari 1964. Memulakan pendidikan formal di Sekolah Rendah Haji Mohd. Sharif, Alor Setar, Kedah. Beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menegah Darulaman Alor Setar, Kedah dari tingkatan 1 dan 2. Dan di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu dari tingkatan 3 hingga 6. Beliau mendapat pendidikan agama secara talaqqi,iaitu belajar secara terus dengan beberapa orang guru agama di sekitar Kuala Terengganu. Antaranya adalah :

Guru 1 : Tuan Guru Haji Syed Mokhtar
-Tamat pengajian dengan lebih daripada 40 buah kitab jawi secara talaqqiGuru 2 : Al-Fadhil Tuan Guru Mohd Tahir
-Tamat pengajian dengan lebih daripada 25 buah kitab jawi.Guru 3 : Tuan Guru Mohd Hakim
-Mula mendalami kitab-kitab bahasa Arab seperti nahu, sorof, usul fiqah, mustolah hadith, usul Qur’an, dan balaghah.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Guru 4 : Tuan Guru Haji Hasyim
-Mendalami kitab-kitab Arab dalam bab nahu, sorof, fiqh, tafsir dan faraid.

Guru 5 : Tuan Guru Haji Ibrahim, Mesir
-Mendalami kitab Sirah Nabawiyah dan Lughah ‘Arabiyah

Guru 6 : Tuan Guru Haji Muhammad Zubir
-Mendalami ilmu fiqah dan nahu.

Guru 7 : Tuan Guru Haji Mohd Zain, Pondok Lubuk Pandan
-Mengaji ilmu fiqah, nahu, sorof, tafsir dan balaghah.

Ustaz Azhar Idrus mula berdakwah pada tahun 1995. Kini, beliau aktif mengajar dan menyampaikan kuliah agama di surau dan masjid di sekitar Terengganu. Beliau sering mendapat jemputan menyampaikan kuliah di seluruh negara. Selain daripada itu, beliau juga menghasilkan VCD kuliah dan ceramah agama yang boleh didapati di pasaran dan juga di laman Youtube.

Beliau dapat dihubungi melalui http://ustazazhar.net/v01 dan laman Facebook http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original sebagai medium memperluaskan lagi misi dakwahnya.

.:: Sumber | Buku Anda Bertanya UAI Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat Volume 2 ::.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.