Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [An-Nur :31].
1 . Bulu kening
Menurut Bukhari ” Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur ( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) ” Riwayat Abu Daud dalam kitab Fathil Bari.
2 . Kaki ( tumit kaki )
” Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ” [An-Nur : 31]
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki
3 . Wangian
” Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina ” Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah
4 . Dada
” Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka ” [An-Nur : 31]
5 . Gigi
” Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya ” Riwayat At-Thabrani
” Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah ” Riwayat Bukhari dan Muslim
6 . Muka dan leher
” Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu “