php hit counter

4 Tips Melalui Liku-Liku Kehidupan Di Universiti

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

4 Tips Melalui Liku-Liku Kehidupan Di Universiti

Apabila keputusan peperiksaan SPM sudah diumumkan, sebagai seorang pelajar kita pasti berhadapan dengan perasaan dilema dalam memilih universiti yang sesuai. Semuanya adalah bergantung kepada keputusan SPM. Baik SPM kita, cerahlah peluang untuk menjadi mahasiswa di universiti yang dianggap terbaik. Namun, tidak kisahlah di mana kita belajar yang penting niat kita dalam menuntut ilmu.

Apabila berada di semester satu, perasaan kita sentiasa berbaur antara sedih, takut dan gembira. Jadi di sini, akan dikongsikan tentang tips bagaimana seseorang mahasiswa boleh menjalani kehidupan yang lebih baik di universiti.

#1 Cari Rumah Kedua

Mengapa perlu cari rumah kedua? Bukankah kita sudah diberi kolej kediaman. Jangan salah faham, rumah kedua yang dimaksudkan adalah surau ataupun masjid. Inilah tempat yang perlu kita tuju setiap hari sebagai rumah kedua kita. Di sinilah tempat mahasiswa mencari ketenangan. Bukan itu sahaja malah mampu menjalani ukhwah silaturrahim sesama mereka. Jika kita mencari sahabat yang baik, maka baiklah kita.

#2 Cari Senior Aktif Berprogram

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Jika kita mahu bersosial di universiti, cari dan berkawanlah dengan abang-abang senior yang aktif berporgram, tidak kiralah di peringkat kolej kediaman mahupun universiti. Secara tidak langsung kita akan didedahkan tentang dunia kepimpinan dalam kampus. Jangan terlalu berangan-angan mahu memegang jawatan, tetapi sentiasalah turun padang menyertai aktiviti kampus. Tidak mustahil, apabila sering menunjukkan keterlibatan kita dalam kampus, abang-abang senior pasti akan mengambil peranan.

#3 Cari Sahabat

Kebiasaannya di universiti setiap bilik dipertuntukkan sebanyak 2 atau 3 orang. Jadikan mereka sahabat yang sentiasa bersama. Jika berlainan program, ajak mereka ke masjid atau ke tempat-tempat yang memberi manfaat. Elakkan terpengaruh dengan rakan yang membawa kita ke tempat-tempat yang terdedah kepada bahaya. Antaranya pusat hiburan, dan sebagainya.

#4 Cari Pensyarah

Kenali pensyarah kita, sayangi pensyarah kita. Hari ini ramai mahasiswa yang sekadar kenal itupun ketika mahu mengisi nama dalam boring jawapan peperiksaan akhir. Inilah perkara yang perlu kita ubah. Jadikan pensyarah sebagai ibu bapa angkat kita. Layan mereka dan hormati mereka seperti mana kita menghormati orang lain. Bukan mahu mengambil kesempatan, tetapi itulah adab seorang pelajar terhadap gurunya.

Kesimpulan

Sebenarnya masih banyak lagi poin yang ingin dikongsikan, namun cukup setakat ini sahaja. Jika kita berjaya mencari keseronokkan dan ketenangan di alam universiti, secara tidak langsung kita menjadi lebih bersemangat untuk belajar. Jadikan pengalaman baik mahupun buruk sebagai satu batu loncatan untuk kita lebih berdaya maju di masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.