Bentuk dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w pada tahap awal nubuwwah adalah seruan tertutup. Rasulullah s.a.w berhati-hati dalam memilih individu-individu yang hendak diajaknya
kepada Islam. Umumnya pada tiga tahun pertama nubuwwah, Rasulullah s.a.w dan segelintir-para mukmin yang beriman, tidak mengutarakan sebarang penentangan terbuka terhadap cara hidup jahiliyyah yang berleluasa dalam masyarakat Makkah ketika itu.
Peringkat dakwah tertutup ini terdiri daripada beberapa peristiwa penting yang merupakan kerja-kerja awal dalam masyarakat Makkah bagi mengasaskan satu kumpulan yang mempunyai identiti ‘aqidah tauhid yang suci.
Tiga tahun pertama selepas nubuwwah adalah sebahagian daripada peringkat al-Makki permulaan. Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam tempoh tiga tahun tersebut ialah