Selepas lebih dari tiga tahun melancarkan dakwah terbuka, perjuangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w telah berjaya melalui pelbagai cubaan dan ujian. Para hamba yang diseksa tetap bertahan dengan keimanan mereka, mereka telah dibeli dan dimerdekakan oleh para dermawan daripada kalangan kaum muslimin sendiri. Pemuda-pemuda yang diseksa oleh kaum kerabat mereka sendiri, tetap memilih iman daripada terus hidup dalam noda syirik jahiliyyah. Rasulullah s.a.w yang dilempar dengan bermacam-macam kata yang pedih tetap terus dengan dakwahnya. Tambahan pula dua orang tokoh Quraisy yang terkemuka, Hamzah dan ‘Umar telah berada dalam kumpulan kaum muslimin. Pemimpin-pemimpin Quraisy masih tergamam dengan kemasukan Hamzah dan ‘Umar yang telah merencatkan perancangan mereka untuk mengasak dan menekan kaum muslimin secara habis-habisan. Setiap hari yang berlalu dalam era dakwah terbuka, menambahkan kekuatan kepada kaum muslimin dan melemahkan status qua pemimpin-pemimpin Quraisy. Hampir-hampir habis ikhtiar pemimpin-pemimpin Quraisy untuk menghentikan da’wah Rasulullah s.a.w. Ketika itu timbullah cadangan daripada sebahagian mereka untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Tetapi perk ara ini mustahil untuk dilakukan selagi Bani Hasyim berada di belakang baginda. Akhirnya mereka memutuskan untuk memulaukan Bani Hasyim. Mereka akan hanya menyambung semula hubungan dengan mereka sekiranya Rasulullah s.a.w diserahkan kepada kaum Quraisy untuk dibunuh’.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Pemulauan kaum muslimin ini merupakan satu pembekuan kepada da’wah terbuka.
Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa ini ialah.
i. Kaum Quraisy memutuskan semua bentuk hubungan dan memulaukan sel uruh Bani Hasyim beserta RasululLah s.a.w dan kaum muslimin.
ii. Abu Talib dan Khadijah meninggal dunia pada tahun kaum Quraisy memansuhkan perjanjian memulau Bani Hasyim. Rasulullah s.a.w menamakan tahun tersebut sebagai ‘Am al-Huzn atau Tahun Sedih.
iii. Rasulullah s.a.w bernikah dengan Sa’udah dan ‘A’isyah.