Perempuan begitu penting dalam kehidupan lelaki. Jika tidak. Allah s.w.t. tidak akan menjadikan Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s. sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorangan di syurga. Malahan perempuan juga begitu bererti bagi seorang lelaki kerana tanpa perempuan, hidup seorang lelaki tidak akan sempurna dan tidak akan bertambah umat Nabi Muhammad s.a.w. di muka bumi ini.
Dalam bentuknya yang lemah, kerana kejadiannya daripada tulang rusuk yang bengkok itu, adakalanya sukar dibentuk dan hanya hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi sahaja mampu membimbingnya ke arah kesempurnaan.
Ini adalah hakikat yang perlu diakui setiap perempuan. Justeru itu, tidak ramai perempuan menjadi wali dan sebagainya, malahan 2/3 daripada perempuan adalah penghuni neraka. Jadi terserahlah keadilan Allah terhadap kejadian seorang muslimah yang lemah.
Namun begitu, Allah memberi kelonggaran dalam soal-soal ibadah. Cukup dengan bersyahadah. menunaikan solat dan berpuasa. Mereka juga tidak perlu berjemaah untuk mendapat pahala solat berjemaah, cukup sekadar mendidik anak-anak dan redha dengan pemberian suaminya.
Perempuan juga tidak akan disentuh api nerakajika ikhlas berkhidmat kepada suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.
Ini jelas membuktikan betapa kasihnya Allah s.w.t. kepada hambaNya yang bergelar gadis, perempuan, wanita, isteri, ibu dan sebagainya. Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahawa kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagimana firmanNya yang bermaksud, “lelaki itu menjadi pemimpin bagi perempuan, kerana Allah melebihkan mereka dari yang lain.”
Namun tidak bermakna muslimah hanya menjadi penurut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian dan pegangan, pendapat dan lain-lain. Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika digunakan secara tepat, lelaki bersedia menurut segala kehendaknya dan memberikan segala haknya.
Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya: “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaaan kepada apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta-harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang -binatang ternak dan sawah ladang.” (Surah Ali Imran).
Sabda Rasulullah s.a.w. terhadap besarnya peranan muslimah ialah, “Perempuan itu tiang negara. jika baik kaum perempuan di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu.”
Di samping itu, kehebatan muslimah dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada muslimah yang tidak mahir dalam seni ini. Contohnya Napolean Bonarparte pernah membatalkan misi peperangan hanya semata-mata dirayu oleh Josephine.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Oleh kerana besar dan hebatnya kuasa pujuk rayu perempuan, perlulah ia ditalakkan dengan cara yang betul agar tindakan kaumlelaki setara dengan kehendak Allah dan Rasulnya.
Lihat apa yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah terhadap Rasulullah s.a.w. tatkala Baginda mengigil-gigil kelakutan setelah didatangi oleh Malaikat Jibril di gua Hira’. Beliau berjaya mententeramkan Baginda hingga bangun semangat Rasullullah s.a.w. untuk meneruskan perjuangan.
Doa merupakan permintaan hamba kepada Tuhannya. maka Allah telah menyatakan bahawa doa seorang perempuan lebih makbul daripada kaum lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat. Hakikat ini terdapat dari sebuah hadis Nabi yang bermaksud: “Doa ibu itu lebih cepat makbul.” Seorang bertanya,”kenapa ya Rasullullah s.a.w.‘? Jawab baginda. “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa daripada orang yang penyayang tidak akan dipersia-sia.”
Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua permasalahan. Orang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi oleh Allah. Allah lidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya, dipelihara serta dirahmatiNya sentiasa.
Firman Allah yang bermaksud: “Allah menjadi pembela kepada mereka yang bertaqwa.” Kuasa ketaqwaan ini lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa.
Berbanding lelaki yang sebahagian besar dari hidupnya dihabiskan di luar serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian. Demikian antara kuasa perempuan yang tidak dapat disangkal hakikat sebenarnya.
Kekuasaan ini pula disokong oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah sehinggakan setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirup udara ini atau dalam erti kata lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s.
Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi kaum muslimahkerana lelaki sendiri datangnya dari perut wanita yang menghamilkannya dalam bentuk janin seterusnya melahirkan ke dunia dalam bentuk bayi, kemudian melatih, mendidik dan memelihara hinggalah anak itu menjadi dewasa.
Akan tetapi kemuliaan muslimah itu akan lebih nyata jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak sebagaimana maksud hadis: “Perempuan yang taat akan suaminya. semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selagimana dia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga solat dan puasanya.”
Jikalau demikian tinggi dan hebatnya kemuliaan perempuan, wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana sekali Allah cabut kemuliaan tersebut. perempuan itu akan menjadi amat hina hingga tiada tempat lain yang lebih layak baginya kecuali neraka.
Sebagaimana yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w. semasa Isra’ dan Mikraj kebanyakkan ahli neraka adalah perempuan. Justeru itu, ingatlah wahai muslimah, jadilah seperti Ummul Mukminah yang tidak kenal erti kesenangan. Buktikanlah tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.