php hit counter

Sejarah Pembukaan Sirah dan Maghazi

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Sejarah Pembukaan Sirah dan Maghazi

Kegiatan menulis tidak begitu digalakkan’ pada zaman khulafa ar-rasyidin kecuali  pengumpulan al-Qur’an pada zaman Abu Bakr as-Siddiq dan penulisan semula al-Qur’an menurut rasm ‘Uthmani pada zaman pemerintahan ‘Uthman ibn ‘Affan. Sahabah yang pertama memerintahkan penulisan buku ialah Mu’awiyah ibn Abi Sufyan pada masa beliau menjadi khalifah pertama Bani Umayyah. Mu’awiyah memerintahkan ‘Ubaid ibn Syarha dari Yaman untuk menulis sejarah-sejarah lama bangsa ‘Arab yang diberi nama sebagai Akhbar al-Madiyin.’ Pada masa pemerintahan ‘Abdul Malik ibn Marwan, beliau memerintahkan ‘ulama’ menulis kitab-kitab yang berkaitan dengan pelbagai ‘ilmu Islam’. Pada masa ini, tokoh yang paling terkemuka dalam sirah ialah Aban ibn Uthman ibn ‘Affan (w. 105 H). Namun demikian hasil penulisannya tidak dapat dikesan.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Selepas itu, ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz pula merencanakan pengumpulan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Sesuai dengan kedudukannya yang dianggap ‘ulama’ kemudiannya sebagai  mujaddid pertama dalam Islam, beliau menghidupkan semula kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah s.a.w dengan memerintahkan umat Islam mempelajari sejarah peperangan  Rasulullah s.a.w‘. Tokoh pada masa ini ialah ‘Urwah ibn az-Zubair’, beliau dikatakan mungkin orang yang pertama menulis kitab berkenaan sirah dan maghazi. Hasil  penulisannya dalam bentuk yang asal tidak didapati, tetapi sebahagian besar daripada hasil penulisannya diserap ke dalam kitab-kitab besar yang datang kemudiannya‘.
Seorang lagi tokoh terkemuka pada masa ini ialah Imam az-Zuhri‘ yang tidak diragui oleh ‘ulama’ bahawa ia telah menulis sebuah kitab maghazi’. Murid-murid Imam az-Zuhri yang kemudian terkemuka sebagai penulis ialah Musa ibn ‘Uqbah’, Ma’mar ibn Rasyid, Muhammad Ishaq dan Hisyam ibn ‘Urwah ibn az-Zubair‘.

Selepas karya-karya utama sirah di atas, maka muncul pula penulisan-penulisan yang berkaitan dengan sirah oleh Ibn Sa’d, Ibn Jarir at-Tabari, Ibn Athir, Ibn Khaldun, Ibn Kathir’ dan seterusnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.