Keadaan yang sama berlaku bagi orang India yang beragama Hindu. Mereka bangun awal pagi sebelum matahari terbit. Apabila matahari terbit, mereka akan menyembah Tuhan mereka dengan menghadap matahari. Istiqamah mereka dalam hal ini menjadikan mereka berjaya dalam mencari rezeki.
Jelas di sini mereka yang hendak berjaya perlu mendisiplinkan diri bangun awal sebelum Subuh. Tetapi, persoalannya berapa ramai umat Islam tuntut berdisiplin seperti di atas? Walaupun banyak hadis Rasulullah yang mengajar kita ke arah itu, sudah banyak panduan dan disiplin yang disediakan untuk kita ikut, tetapi bagaimana dengan kehidupan umat Islam kini? Bolehkah mereka bangun awal pagi untuk solat Subuh dan keluar bekerja awal pagi?
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Ya, kalau kita ke masjid waktu subuh, jemaahnya hanya satu saf berbanding waktu Maghrib dan Isyak. Ertinya masih ramai yang bangun lambat lalu melakukan solat Subuh di rumah bersendirian. Malah ada juga yang tidak melakukan solat Subuh, lalu terus keluar ke tempat kerja. Demikian sikap mereka yang bekerja. Lain halnya bagi si penganggur, mereka akan terus sambung tidur sampai matahari naik segalah.
Kalau begitulah keadaan orang Islam pada zaman ini, apakah mereka mampu mencipta kejayaan seperti yang dimiliki oleh kaum Cina dan India di atas? Inilah realiti orang Islam pada hari ini, malah inilah jawapan kenapa umat Islam mundur dalam segala Iapangan. Kalau adapun yang berjaya, keberkatannya tiada.
Rasulullah ketika melewati anaknya; Fatimah r.ha., didapati beliau sedang berbaring pada waktu pagi, maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau tergolong dalam kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Riwayat al-Baihaqi)
Inilah panduan yang Rasulullah berikan agar bangun awal dan tidak boleh tidur pada waktu pagi dan terus bekerja mencari rezeki. Di dunia ini, kita tidak boleh rasa senang hati tidur dan mengharapkan rezeki datang melayang.