php hit counter

Presiden Baru Mesir – Dr. Mursi

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Keputusan Rasmi Pilihanraya Presiden Mesir

Dr. Morsy           :  13,230,131  (51.73%)

Ahmad Syafiq :  12,347,380 (48.27%)

ALHAMDULILLAH,syukur kehadrat ilahi atas kemenangan Dr Mohamed Mursi sebagai Presiden Mesir yang baru selepas revolusi januari 25 2011.Semoga dengan kemenangan ini akan menyuburkan kembali kegemilangan ISLAM di bumi Mesir.

BIODATA PROF. DR. MUHAMMAD MURSI

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran.

Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.

Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.

3 thoughts on “Presiden Baru Mesir – Dr. Mursi”

  1. You Information

    Alhamdulillah..semoga ianya menjadi pembakar semangat untuk negara2 Islam yang lain..semoga Islam kan tertegak di muka bumi ini..InsyaAllah

Leave a Reply to Dunia Maklumat Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.