Pembahagian Zaman Nubuwwah

Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI

Pembahagian Zaman Nubuwwah

Zaman nubuwwah bermula dengan perlantikan Muhammad ibn ‘Abdullah sebagai nabi ketika baginda berusia empat puluh tahun. Zaman nubuwwah ini dibahagikan kepada dua peringkat utama,iaitu al-‘Ahd al-Makki dan al-‘Ahd al-Madani. Peringkat pertama bermula sejak Rasulullah s.a.w menerima wahyu pertama hingga penghijrahannya ke Madinah. Peringkat kedua pula bermula daripada sampainya baginda ke Madinah hingga kewafatannya. Al-‘Ahd al-Makki berlangsung selama tiga belas tahun, manakala al-‘Ahd al-Madani pula berlalu selama sepuluh tahun.

Di peringkat Makki, Rasulullah s.a.w menumpukan tenaganya untuk menyampaikan dan mengajarkan al-Qur’an, memurnikan jiwa, membersihkan fikiran dan menghapuskan ‘adat-adat jahiliyyah di kalangan masyarakat Quraisy. Pokok kepada risalahnya ialahpengasasan ‘aqidah tauhid dalam jiwa orang-orang yang beriman kepada dakwahnya.

Pada peringkat Madani pula, Rasulullah s.a.w menumpukan perhatiannya dalam membina masyarakat Islam melalui peraturan bernegara, mengukuhkan identiti Islam sebagai syari’ah dan daulah, merencanakan “tindakan-tindakan yang berkesan untuk menghapuskan kemungkaran, melatih kaum muslimin sebagai pemimpin-pemimpin manusia sejagat dan menyebarkan risalah Islam di serata pelusuk dunia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.