Pengalaman hantar mesin rumput dan gergaji chin saw ke kedai baiki
Saya dan suami balik ke kediaman kebun nanas kami di Benta selepas sebulan (musim hujan) duduk rumah di Rawang. Maka sebulan lebih jugalah alat2 pertanian tidak digunakan. Kami ingin menggunakan alat2 itu utk kerja2 kebun. Tetapi selepas puas mencuba menghidupkan mesin rumput dan gergaji letrik, ia tidak dapat
dihidupkan…
Akhirnya give-up lah kami. Maka saya dan suami membawa mesin rumput dan gergaji letrik ke Raub utk dibaiki.
Suami terus ke kaunter bertanya-tanya. Pekerja kaunter meminta alat2 itu ditinggalkan dulu utk diperiksa. Katanya dalam satu minggu baru dia call, bagitau apa masalahnya. Sementara saya terus berjumpa foreman, tukang repair mesin yg agak saya kenali di bahagian sebelah bangunan kaunter itu.
Saya ceritakan masalah mesin rumput kepada foreman. Minyak petrol, minyak 2T, minyak hitam semuanya ok. Cuma enjin susah nk dihidupkan. Saya dan suami sudah mencuba.
Pekerja kaunter yg mengikuti suami dari tadi terus menerus mendesak supaya meninggalkan alat2 itu di situ dahulu. Nanti dia bagitahu kemudian, katanya. Saya kata, “buat apa mau kasi tinggal ini barang, jika tidak rosak.Kita tengok dulula..”.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Foreman suruh saya ambil alat2 itu. Saya terus ambil mesin rumput dr kereta, tunjukkan padanya… lalu dia tarik tali pemacu utk hidupkan enjin. Sekali tarik terus hidup. OMG????. Senangnya !!! Begitu juga dgn gergaji letrik. Suami saya tarik.. gergaji berbunyi.. purr.. purr.. purr. Enjin tidak hidup. DIA Sekali tarik saja tali pemacu gergaji, terus hidup!!.????. Tak sampai 10 minit. Dalam hati, terasa sedikit segan..????. Foreman orang muda, gagah perkasa. Kuat. Sedangkan saya dan suami warga emas. Terkial-kial .. ????. Melihat yang mesin2 itu semuanya okey, pekerja kaunter pun berlalu pergi.
Foreman tunjukkan juga cara tarik pemacu supaya tarikkannya kuat membolehkan enjin yg sudah lama tidak digunakan dapat dihidupkan. Foreman tinjukkan juga cara yg betul menggunakan choke dll. Selepas selesai, saya tanyakan berapa caj yg perlu saya bayar atas khidmatnya itu. Dia kata tak payah bayar apa apa. Dia bagitau sahaja.. Untuk knowledge katanya.
Syukur Alhamdulillah kerana utuskan orang yang baik membantu kami. Tak berhenti2 saya dan suami mengucapkan terima kasih kepadanya. Memandangkan dia tidak mahu ambil duit sbg upah – saya ucapkan doakan kepadanya supaya dia sentiasa sihat, panjang umur dan murah rezeki. Dia, foreman se orang india muda, mengaminkan doa saya. ????