Namamu sering menjadi siulan rakan-rakanku. Glamour betul kau ketika itu, sehinggakan aku semakin tertarik untuk mengenalimu dengan lebih dekat lagi. Aku cuba merisik-risik tentang dirimu melalui rakan-rakanku yang sememangnya rapat denganmu. Inginku tahu apakah daya penarik yang ada padamu. Menarikkah paras rupamu? Hem …entahlah… Ada sekali tu, aku terlihat kau bersama beberapa orang rakanku, tetapi… dari jauh aku melihat sahaja. Seingat aku, waktu itu, aku baru berada di dalam tingkatan empat (di hujung tahun). Arghhh!!! Naluriku memberontak. Perasaan ingin tahuku semakin membuak-buak. Malangnya aku tidak mampu ketika itu…hanya mampu melihat dari jauh. Akhimya hasratku untuk berdamping lebih rapat denganmu menjadi realiti apabila kita bersama-sama di Kentucky Fried Chicken (KFC). Tidak ku lupa waktu itu, aku terpaku, membisu seribu bahasa. Pada mulanya aku agak kekok denganmu dan segan denganmu, tapi ku cuba jua untukmembiasakan diri. Dengan bantuan dari rakanku, Faizal, (bukan nama sebenar), kita mula rapat walaupun kau masih belum benar-benar menjadi milikku. Kau masih belum benar-benar terpahat di hatiku.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Tapi pada malam yang masih tak dapat ku lupakan, kau telah menarik hatiku dan perhatianku untuk menerimamu sepenuhnyaaku mula menerimamu secara beransur-ansur dan lama kelamaan aku mula sedar bahawa dalam diam aku mula menyintaimu. Aku sudah dapat menerima kehadiranmu malah, aku sangat setia terhadapmu. Sememangnya kita ditakdirkan jatuh cinta.kini hubungan kau dan aku semakin rapat. Apabila bersamamu jiwaku tenang. Kadangkala aku rasakan dunia ini aku yang empunya. Aku tidak boleh berpisah denganmu. Setelah beberapa bulan menyemai kasih denganmu, aku dan engkau semakin berani. Kita berani bersama di kamar. Aku mengucupimu tanpa rasa sangsi dan segan. Malang tidak berbau…pada suatu mlaam sedang kita bersama, satu sergahan mengejutkan kita. Rupa-rupanya ayahku sudah dapat mengesan perbuatan kita. Aku meyumpah seranah diriku di atas kelalaianku. Ayahku memarahiku dan memberi amaran kalau aku ingin terus tinggal di rumah itu, kita mesti berpisah, dan aku mesti menjauhkan diriku darimu. Oh ……mungkin tidak!!! Bagiku, dunia ini sepi tanpamu. Masa berlalu, kita semakin hanyut bersama. Dalam diam aku bertemumu tanpa pengetahuan ayahku. Kita terus di bawa arus keseronokan. Tapi tanpa diduga, aku terasa seperti merasai satu kesakitan yang amat sangat. Badanku terasa lain macam dan tidak secergas dahulu. Aku menjadi risau dansegera berjumpa dengan doktor. Tanpa diduga doktor mengesyaki aku dan meminta menceritakan perihal hubungan kita berdua, dari mula hingga akhir. Setelah menjalani peperiksaan.. doktor mengesahkan aku…..
Oh tidak!!!!!! Ini bermakna aku terpaksa berpisah dari dirimu. Kata doktor, penyakitku adalah berpunca darimu. Kaulah penyebab kesengsaraanku. Aku bagai hilang arah dan kemudi waktu itu. Huh!!! Aku benci kau!!! Akhirnya aku cuba berfikir cara yang terbaik dan tindakan yang bijak perlu ku ambil. Aku kini berusaha untukmelupakan dirimu yang merupakan perosak remaja sepertiku. Aku mula sedar akan kesilapanku. Aku perlu kembali ke pangkal jalan. Aku mengambil keputusan muktamad, kita clash..kita berpisah. Kita sudah ditakdirkan berpisah. Kini aku setuju dengan amaran kerajaan …”MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN”. Selamat tinggal buatmu.. yang pernah ku kucupi dan kusanjungi. Selamat jalan romeoku… ROKOK…