Motosikal Dinamik, keluaran Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd iaitu Modenas, pernah dipasarkan di luar Negara. Disebabkan oleh spesifikasinya yang agak keterlaluan dan tidak melepasi piawaian antarabangsa, produktiviti motosikal ini terpaksa dihentikan pada tahun 2003 walaupun ianya mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran.
Pada dasarnya, Dinamik telah dihasilkan dengan enjin Kawasaki. Namun begitu, untuk menjadikannya sebuah motosikal mampu milik dan bukannya motosikal berkuasa tinggi, Modenas telah menghasilkan ‘super Cub’ buatan mereka sendiri dengan menggunakan blueprint Kawasaki.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Tambahan pula, model Dinamik yang terdahulu tidak disekat kelajuannya dan kelajuan maksima boleh mencecah sehingga 205km/j. Namun begitu, disebabkan oleh kontroversi dan juga membahayakan keselamatan pengguna dan penunggang, keluaran baharu Dinamik telah disekat kelajuannya dimana tanpa apa-apa modifikasi, ianya hanya mampu memecut sehingga 130-140km/j sahaja. Ini menjadikannya kurang menyerlah namun membolehkannya dipasarkan di pasaran tempatan.
Selain itu, Dinamik adalah motosikal berkuasa tinggi yang mampu milik. Walaupun ianya hanya 118cc, namun ia sebenarnya mampu memecut sehingga 12,000 pusingan per minit yang mana jika kelajuannya tidak disekat, ia mampu menyaingi Yamaha 125Z. Harga sebuah Dinamik hanyalah dalam lingkungan RM5,000 yang hampir setaraf dan sama dengan motosikal tempatan yang lain Cuma bezanya, ianya ialah motosikal berkuasa 2 lejang.
Jadi, begitulah kisahnya mengenai Motosikal Dinamik keluaran Modenas. Walaupun pada permulaannya produktiviti motosikal ini kurang lancar, namun setelah mengalami beberapa modifikasi dan pengubahsuaian, ianya kembali beraksi di jalanraya tempatan. Tidak mustahil model Dinamik akan sekali lagi menempah nama di pasaran Global.
Pingback: Motor Dinamik – Modenas
I do not even know the way I finished up here,
however I thought this submit was good. I do not understand
who you’re but definitely you’re going to a famous blogger in case you aren’t already.
Cheers!
Dinamik adalah motosikal 2T yg terbaik yg pernah saya bawa selain 125Zr dan Rxz catal … Wlaupun kelajuan memang lh trbukti tidak setanding 125 dan rxz saya .. Terbukti motosikal baru yang adik saya beli ini jauh lebih selesa dalam pemanduan dan prestasi di lebuhraya .. Tahniah buat Modenas
sy penah pkai rz-x semasa zaman remaja,tp bila dewasa,sy gunakan 4stroke.bila sy kaji dinamik ni rasa berminat dan sy telah membeli model tersebut di kuala lumpur.sy bawak blk dr kuala lumpur ke kuala terengganu dgn menunggang dinamik.sgt selesa walaupn ada cut off,blh la maintain 140km/j. perjalanan sejauh hampir 500 kilo berjaya tanpa sebarang masalah. cuma dinamik ni xde meter rpm,susah skit nk dgr rev enjin bila tgh2 higway dimana bunyi angin lbh kuat dr ekzos.